‘Human dignity’ (kemuliaan insan) merupakan satu esensi dalam mendepani hal ehwal kemanusiaan. Kehidupan manusia yang berhadapan dengan pelbagai kerencaman amat memerlukan manusia melihat ke dalam diri, bermuhasabah berkaitan fungsi dan rupa bentuk yang meliputi gaya hidup, cara hidup dan pegangan hidup. Kegagalan memahami prinsip-prinsip kemuliaan insan akan menyebabkan manusia tergelincir dari landasan kehidupan yang bermaruah dan berintegriti tinggi.
Manusia akan hilang nilai-nilai kemanusiaan dan seterusnya akan hidup dalam situasi yang memusnahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kemuliaan insan turut disentuh dalam ‘Charter of Fundamental Rights EU’ dengan pernyataan:
Human Dignity is inviolable. It must be respected and protected. The dignity of the human person is not only a fundamental right in itself but constitutes the real basis of fundamental rights.
Pernyataan yang tegas sebegini bermaksud tahap penekanan yang tinggi diberikan kepada soal-soal asas kemanusiaan kerana bahaya menanti jika persoalan ini tidak diberikan tempat yang sewajarnya. Ia berupaya mengancam perpaduan, keamanan dan kestabilan sebagaimana yang diharapkan dalam pembentukan Kesatuan Eropah.
Dalam Islam istilah ‘Human Dignity’ ini menghampiri makna karamah insaniah. Ia dinyatakan dalam surah al-Isra’: 70 yang menggariskan pengiktirafan Allah terhadap kemuliaan insan yang disebut sebagai ‘bani Adam’ dalam ayat berkenaan.
Ibn ‘Ashur seperti yang dipetik oleh DR Umar Ahmad Kasule menyatakan dalam tafsiran mengenai ‘Karamah Insaniah’ ini, terdapat 5 perkara yang berikan oleh Allah yang menggambarkan kemuliaan manusia. Lima perkara tersebut adalah 1) Takrim (penghormatan), 2) Kurniaan berkenderaan di darat, 3) Kurniaan berkenderaan di air/ laut, 4) Kurniaan rezeki daripada sumber yang baik-baik 5) Kedudukan yang istimewa berbanding dengan makhluk yang lain.
Kelebihan ini menurut Ibn Kathir dikurniakan Allah bagi manusia melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini, yang diberikan amanah untuk memakmurkannya. Menurut Dr Umar Ahmad Kasule, terdapat 2 tahap karamah insaniah (duality in human dignity) iaitu kemuliaan insan yang meliputi seluruh manusia dan kemuliaan insan yang hanya khusus kepada kelompok orang yang beriman dan bertaqwa.
Pernyataan ini mengisyaratkan bahawa tiada ruang untuk melakukan penganiayaan dan kezaliman bagi seluruh manusia, baik kepada mereka yang bukan Islam dan juga mereka yang Islam. Pemeliharaan karamah insaniah adalah sesuatu yang vital sifatnya. Penafian untuk mendapat rezeki dari sumber yang baik seperti yang berlaku ke atas Mohamad Bouazizi di Tunisia mencetuskan kebangkitan rakyat Tunisia. Begitu juga kebangkitan rakyat di Mesir yang merupakan kemuncak bagi penafian kebebasan mengekspresi pandangan di kalangan rakyat.
Dalam sejarah Tamadun Barat juga dapat kita lihat, penafian terhadap hak dan penindasan menyebabkan rakyat bangkit dalam gelodak Reformation dan Renaissance di Eropah. Saranan Karl Marx mendapat sambuatn maysrakat di Rusia apabila karamah insaniah mereka ternafi akibat penindasan yang di lakukan oleh golongan pemerintahan Tsar ketika itu.
Jika yang demikian unsur-unsur penafian atau peminggiran karamah insaniah ini perlu diberikan perhatian. Salah satunya adalah rasuah. Kita perlu melihat usaha-usaha pembanterasan rasuah ini sebagai usaha untuk memartabatkan karamah insaniah. Ia menghalang pihak-pihak tertentu dari menafikan hak mendapat rezeki dari sumber yang baik-baik seperti yang telah dijamin Allah.
Jenayah rasuah adalah jenayah terhadap kemanusiaan. Ia menyebabkan perasuah dan penerima rasuah sebagai pesalah yang menyalahi dan mengengkari kemuliaan insan dan wajar menerima kemurkaan Allah dan kutukan manusia. Maka pihak yang diberikan tanggung jawab untuk memerangi rasuah perlu melaksanakan tugas dengan rasa yang cukup mulia kerana ia adalah tugas yang sejajar dengan taraf manusia sebagai pemakmur muka bumi ini.
Oleh sebab itu kesatuan dan dokongan masyarakat perlu diperteguhkan dalam usaha memerangi rasuah dan dijadikan satu idealisme dalam masyarakat. Ia seharusnya merentasi batasan kaum dan sempadan agama dan dijadikan aspirasi bersama.
Masyarakat yang mulia sahaja mampu mempertahankan negara dari pencerobohan dan sekaligus penjajahan. Sejarah penaklukan Melaka oleh Portugis mencatatkan kewujudan individu yang terbabit dalam ketamakan harta dan terjerumus dalam kancah rasuah. Mereka inilah musuh negara yang seharusnya diperangi habis-habisan.
AMIDI BIN ABDUL MANAN
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia