ABIM GESA KEMENTERIAN PELAJARAN PERKASAKAN SEKOLAH AGAMA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kenyataan yang dikemukakan oleh beberapa pihak yang mengaitkan sistem sekolah agama sebagai punca utama kepada polarisasi kaum di negara ini. ABIM ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan menerusi forum National Education Blueprint anjuran Penang Institute, yang mempersoalkan kemampuan para pelajar aliran agama untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum. ABIM juga memandang berat dakwaan yang mengatakan bahawa 8 daripada 10 lulusan sekolah agama tidak mendapat mendapat pekerjaan (setelah tamat pengajian) dan pandangan yang dikemukakan oleh salah seorang panelis forum tersebut yang menyifatkan sekolah agama sebagai “ticking time bomb”.
Memandangkan kajian tersebut didakwa berasaskan kepada kajian akademik, ABIM amat mengharapkan pihak berkenaan memberikan penjelasan yang lebih mendasar untuk mengelakkan sebarang persepsi yang mengelirukan terhadap sistem sekolah agama di negara ini. Sistem sekolah agama merupakan legasi unik amalan pendidikan di negara ini semenjak sekian lama. Sistem sekolah agama di negara ini juga telah melahirkan ramai pemimpin, teknokrat serta golongan profesional yang turut sama-sama menyumbang dalam pembangunan di negara ini.
Mengambil kesempatan ini, ABIM ingin mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk turut sama membantu memperkasa sistem sekolah agama di negara ini. Ini termasuk menuntut peruntukan (kewangan) yang lebih besar kepada sekolah-sekolah aliran agama. Gesaan ini selaras dengan komitmen Kementerian Pelajaran untuk mentransformasi dan memberdaya sektor pendidikan agama khususnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kebanyakkannya masih lagi dhaif dan terkebelakang dari aspek infrastruktur dan kemudahan asas.
Sistem sekolah agama menawarkan ruang kepada rakyat untuk menjalani kualiti pendidikan agama yang lebih baik. Adalah menjadi harapan agar sistem sekolah agama ini dapat ditingkatkan mutu serta prestasi pendidikannya, sekaligus memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai kualiti sahsiah diri yang tinggi.
Amidi Abdul Manan,
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)