Ujian Saringan Solat Bagi Pelatih Salah Sebuah IPT di Melaka
Allah SWT berfirman:
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Maksudnya: Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Surah Al-Ankabut:Ayat 45)Setelah beberapa 'ujian saringan solat dilakukan di beberapa Institusi Pendidikan di Negeri Melaka, didapati kurang dari 10% daripada belia dapat menguasai bacaan dengan baik dan bersolat penuh 5 waktu sehari semalam.Ini memberikan gambaran yang jelas apa yang akan berlaku kepada generasi belia islam dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang. ABIM Melaka bandar juga menyeru pada NGO Islam yang lain agar dapat menggembeling tenaga agar usaha ini dapat membantu mempertingkat kesedaran belia Islam berkaitan Tauhid dan Aqidah dan implikasinya mampu mengurangkan masalah sosial yang dikaitkan belia dan remaja.