Ahad, 28 Ogos 2011

PERUTUSAN AIDILFITRI YDP ABIM MELAKA BANDAR


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa’kan Syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita berjaya melalui pelbagai ujian di sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan. Adalah diharapkan amalan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan dapat dibawa ke bulan-bulan yang lain dengan istiqamah agar dapat memperolehi sifat ketakwaan dalam diri.

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa." (maksud al-Baqarah: 103)
Semoga kurnia takwa ini akan mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya. Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya.
Kepimpinan ABIM Melaka Bandar pula hendaklah bersedia untuk merangka dan memperkukuhkan program tarbiyah bagi ahli-ahli baru nanti selain dari memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada. Jadikanlah program ziarah menziarahi pada Syawal ini sebagai medium untuk meningkat kan ukhwahfillah dengan  masyarakat.
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana kamu mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai dari daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (maksud al-Kahfi: 2)

Saya mewakili Saf Qiyadah pimpinan ABIM Melaka Bandar memohon kemaafan andai tersilap kata dan perbuatan dalam melaksana tanggungjawab dan amanah yang di galas. Tunjuk ajar dan peneguhan amat diperlukan dalam tanzim mengurus gerakan ini. Semoga dengan bekalan yang terbaik Ramadhan kali ini, kita diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan. 

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahilham. 
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Ikhlas dari :
SUHAIMI BIN MOHAMMED SAAID
Yang Dipertua ABIM Melaka Bandar






Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar