Sabtu, 27 Ogos 2011

Puisi - Ramadhan Akan Ku Tangisi!

Ramadhan, sungguh cepat engkau berlalu
Membuat hati ku rasa pilu dan sayu
Ramadhan, jangan dikau tinggalkan daku
Kerana sudah pasti aku akan merinduimu

Engkau adalah madrasah taqwa yang berharga
Memerangi nafsu dengan taktik lapar dahaga
Mengikat mulut dari memakan daging saudara seagama
Mengikat diri dari terhumban ke dalam dosa noda anggota  
Mengikat hati dari zina mata mahu pun jiwa
Serta mengikat minda dari berfikir yang sia-sia

Sungguh engkau anugerah dari Yang Maha Esa
Dia mewujudkan engkau wahai Ramadhan tidak sia-sia
Dihiasinya pelbagai amal ibadah di malam gelap gelita
Lalu dikirimNya hadiah keampunan, kerahmatan keberkatan
Serta bonus malam kemuliaan seribu bulan yang penuh rahsia
Seandainya ditadah dengan ketulusan serta keikhlasan

Demi membentuk sahsiah diri sebagai mukmin sejati
Istiqamah-lah dalam beramal walau Ramadhan sudah berlalu pergi
Yakin dan pasti ganjaran syurga yang abadi setia menanti

Adly Al-Khair
26/08/2011
Hakcipta terpelihara




Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar