Ahad, 21 Ogos 2011

SAMBUTLAH 10 TERAKHIR RAMADHAN!


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

اسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Sempena 10 Ramadhan terakhir, kami dari ABIM Melaka Bandar ingin mengucapkan selamat berpesta ibadah demi mengejar Malam Al-Qadr(Lailatul Qadr). Semoga kita bertemu Malam Al-Qadr yang menyamai malam seribu bulan.

Renungi firman Allah SWT mafhumnya:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang
berikut)


سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(Surah Al-Qadr: Ayat 1-5)

Justeru itu marilah perbanyakkan amal ibadah dan ber’iktikaf di Masjid. Nabi SAW amat menggalakkan beriktikaf dan Qiyamulalil(mendirikan malam) di malam 10 akhir Ramadhan.

Nabi SAW ber’iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan, 
sehingga Allah mengambil nyawa baginda.
Setelah kewafatan baginda, isteri-isteri baginda pun ber’iktikaf.
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Bagi yang kurang mampu, lakukanlah Qiyam Ramadhan(mendirikan Ramadhan) sekurang-kurangnya dengan mengerjakan Solat Sunat Tarawikh dan Tadarus. Waktu Qiyam Ramadhan adalah selepas waktu ‘Isyak.

Sungguh benar bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Allah SWT dengan sifat Pengasih Penyayangnya, telah menyediakan pelbagai ruang dan peluang untuk hamba-hambaNya melipat gandakan amalan sebagai penebus dosa-dosa yang telah lalu jika ia dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Nabi SAW bersabda: 

Sesiapa bersolat pada malam Ramadan kerana iman (yang teguh) dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas. (Hadith Imam Muslim)


Setiap anak Adam tidak terlepas dari dosa, dan sebaik-baik anak Adam adalah yang sentiasa bertaubat.

Sekian,

Wallahu’alam.



Khairul Adli bin Abdullah

Biro Penerangan ABIM Melaka Bandar






Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar