Rabu, 2 November 2011

BAYT AL-RAHMAH MENDEPANI KRISIS SOSIAL DI DALAM KELUARGA ISLAM


Dengan tema “Mendepani Krisis Sosial di dalam Keluarga Islam”, majlis minum petang yang dianjurkan oleh Bayt Al – Rahmah iaitu sebuah rumah perlindungan wanita di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah berlangsung dengan jayanya pada jam 3.00- 5.00 petang. Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati, Gombak dengan kehadiran kira-kira 200 orang peserta dan penyumbang.
Berberkonsepkan Majlis Minum Petang dan bicara santai ilmu ini telah meghadirkan dua orang pembicara bagi mengisi slot majlis tersebut iaitu Prof. Dr Jariah Mas’ud, pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia dan Puan Fadhlina Binti Siddiq, Naib Presiden HELWA Angkatan Belia Islam Malaysia, yang juga mewakili rumah perlindungan Bayt Al Rahmah. Kedua-dua pembicara telah menyentuh secara langsung tema majlis tersebut iaitu “Mendepani Krisis Sosial di dalam Keluarga Islam” dalam bidang kepakaran dan aktivisme masing-masing khususnya dalam menangani gejala sosial dalam masyarakat yang kian gawat.
Diharapkan majlis  ilmu bagi mengutip dana untuk membiayai pengurusan rumah perlindungan Bayt Al-Rahmah ini, akan terus mendapat perhatian dan sokongan masyarakat dan mampu memberikan kesedaran dalam menangani kebobrokan sosial yang kian membarah dalam masyarakat hari ini. Kesedaran ummat juga sangat penting dalam menyediakan masyarakat yang mampu menjadi sebahagian daripada sistem sokongan agar mereka lebih prihatin dalam usaha membanteras kebejatan akhlaq dan moral dalam masyarakat keseluruhannya.




Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar