Selasa, 20 September 2011

ABIM NEGERI MELAKA MEMBANTAH KERAS

Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Melaka ingin melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap berita mendukacitakan yang dilaporkan oleh pihak media pada 17 september 2011 berkenaan  insiden 87 belia yang ditahan kerana menyertai pesta seks. Insiden ini lebih mendukacitakan kerana ia berlaku tatkala seluruh warga Malaysia menyambut sambutan Hari Malaysia pada 16 September.  

ABIM Melaka ingin merakamkan pujian terhadap sikap bertanggungjawab pemberi maklumat dan kecekapan pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah cawangan Melaka yang bertindak melakukan tangkapan tersebut.
Pada masa yang sama, ABIM Melaka mengecam dan merasa amat kesal di atas tindakan terancang penganjur insiden yang langsung tidak sensistif terhadap sambutan Hari malaysia yang berlangsung pada hari tersebut. ABIM merakamkan bantahan keras atas penganjuran akvititi tidak bermoral sedemikian yang jelas tidak bertanggungjawab. 
ABIM mendesak agar  pemantauan yang lebih berkesan oleh agensi-agensi penguatkuasaan dan Jabatan Agama Islam sewaktu acara-acara sambutan seperti sambutan tahun baru, hari Valentine dan hari Kemerdekaan
ABIM Melaka berpandangan aktiviti sedemikian ini bukanlah  cara dan budaya rakyat Malaysia khususnya umat Islam dalam menyambut hari-hari penting negara .
Justeru itu, ABIM Melaka menyeru pihak kerajaan dan masyrakat memberi ruang dan peluang NGO-NGO islam khususnya ABIM berkongsi melaksanakan program membina pemikiran dan mengisi kerohanian belia dan remaja khasnya di negeri Melaka agar insiden yang memalukan ini tidak berulang di masa hadapan.
FAHDAL ADLY BIN HAJI JAAPAR
Yang Di Pertua, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Negeri Melaka


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar