Khamis, 27 Oktober 2011

HELWA ABIM SERTAI KEMBARA DAKWAH SARAWAK


Naib Presiden Hal Ehwal Wanita ABIM (HELWA), Puan Fadhlina Dato' Dr Siddiq telah menyertai Kembara Dakwah anjuran ABIM Negeri Sarawak.
Puan Fadhlina yang turut diiringi oleh Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM, Puan Maria Kamel, bersama-sama meluangkan masa menyertai Kembara Dakwah tersebut yang diadakan di Kampung Gedong, yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari bandaraya Kuching. Sepanjang di Kampung Gedong delegasi ABIM dan aktivis ABIM Negeri Sarawak telah berkongsi pengisian serta beramah mesra dengan penduduk kampung.




Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar