Isnin, 16 Januari 2012

ABIM MELAKA RAIKAN 'JOURNEY OF AWAKENING'

Ketua Menteri Melaka Meriahkan Journey Of Awakening


Majlis berlangsung dengan jayanya bermula jam 5.00 pagi daripada Taman Rempah Ratus, Pengkalan Rama hingga Hotel Mahkota Melaka kira-kira jam 8.00 pagi, majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka YB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam sebagai tetamu khas.

Sebagai  rakan organisasi yang menyokong ‘THE JOURNEY OF AWAKENING’ ABIM telah diberikan penghormatan sebagai tetamu khas VIP pada program tersebut dan diberikan peluang menyampaikan ucapan. Teks Ucapan Yang DiPertua ABIM Melaka tersebut telah dibacakan oleh Setiausaha Negeri pada majlis tersebut.



Antara isi kandungan yang disentuh dalam ucapan tersebut ialah penekanan daripada aspek kesedaran yang perlu digerak dan dibangkitkan kesedaran. Islam juga menuntut setiap umatnya yang telah akil baligh (matang) menjaga kebersihan dan amalan menjaga kebersihan ini amat dituntut sebagai fardu ain yang menjadi kewajipan setiap orang islam tanpa mengira jantina.

Presiden Pertama Indonesia, Bapak Mohamad Natsir pernah mengungkap kata-kata ”Jangan Sambil Membangun, Kita Robohkan”. Apa yang ingin disampaikan oleh Pak Natsir ialah, ”Kita bangunkan gedung, istana mewah dan mahligai bergemerlapan tapi kita robohkan akhlak manusiawi didalamnya”.

Akhir, kebersihan dalam diri dituntut dalam islam sebagai suatu wadah dalam memeberikan kesedaran terhadap penjagaan bumi. Kita sebagai khalifah perlu memegang amanah itu sebaik mungkin kelak nanti kita akan dipersoalkan kemudian hari.



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar