ABIM Melaka Bandar yang diwakili Yang Dipertuanya, Saudara Suhaimi bin Mohammed Saaid telah dipilih menjadi Moderator dalam satu forum bertajuk 'Bersama Membanteras Gejala Sosial' sempena seminar gejala Sosial Peringkat Negeri Melaka.Forum ini yang dihadiri oleh barisan kepimpinan Masyarakat Setempat dan Pimpinan NGO seluruh negeri Melaka. Turut hadir sebagai ahli panel adalah Prof. Dr. Shahril yang merupakan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTEM dan Tuan Tuah Atan yang merupakan peguam Syari'e yang membuka firma guamannya di Melaka dan Putrajaya.
Beberapa isu menarik yang telah diperbincangkan terutamanya berkaitan pengaruh Facebook yang telah membentuk dunia baru dan akhirnya memberikan kesan kepada bentuk gejala Sosial yang baru. Prof. Dr. Shahrin mendedahkan Malaysia merupakan Negara pengguna facebook ke 8 teramai di dunia. Ini bermakna Gejala Sosial yang berlaku di Malaysia turut dipengaruhi oleh kebejatan penggunaan Facebook. Prof. menyarankan agar Agensi Kerajaan dan NGO berperanan bagi mewujudkan pengisian berguna di dunia maya bagi mengimbangi kesan negatif di kalangan anak-anak muda khususnya di negeri Melaka.
Tuan Tuah Atan pula menyifatkan gejala sosial di Negeri Melaka masih di tahap baik atas beberapa usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan negeri seperti tertubuhnya Majlis Tindakan Sosial. Beliau berharap Majlis ini dapat mengadakan perbincangan lebih kerap bagi memastikan segala tindakan lebih berkesan. Beliau juga banyak menyimngkap perbezaan zaman antara tahun 80 an berbanding hari ini menurut dakwaannya amat berbeza. Apapun beliau berharap agar semua pihak dapat menjalankan peranan masing-masing khususnya pemimpin-pemimpin masyarakat bagi memastikan gejala ini dapat dibendung dan dikawal.
Di akhir forum, saudara suhaimi berharap agar program perbincangan ini dapat diperluaskan di semua peringkat agar semua pihak memainkan peranan dalam usaha membentung masalah sosial yang tiada penghujungnya.