Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
memandang serius insiden terbaru penemuan kepala babi di Masjid Sentul
sepertimana yang dilaporkan di media massa hari ini. Dalam hal ini,
ABIM mengecam keras perbuatan yang sama sekali tidak menghiraukan
sensitiviti agama Islam sehingga sanggup mencemarkan masjid sebagai
tempat ibadat umat Islam.
Provokasi yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini amat dikesali serta sama sekali tidak boleh dimaafkan. Sekiranya perbuatan ini tidak dihentikan serta merta, ABIM khuatir keharmonian interaksi di kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini yang akan terjejas , sekaligus mencetuskan ketegangan agama yang tidak diingini.
Dalam hal ini, ABIM memberi amaran keras kepada individu atau kumpulan di sebalik insiden memalukan ini agar menghentikan segera tindakan bersifat provokatif tampak semakin berani. Perbuatan ini sama sekali tidak boleh diterima serta dijustifikasikan dalam keadaan atau atas apa nama sekalipun! Apa yang pasti, umat Islam seluruh negara berasa amat terguris terhadap insiden yang berlaku ke atas rumah Allah. ABIM ingin menjelaskan bahawa masjid dan surau merupakan tempat yang amat suci dan mulia di sisi umat Islam dan tidak sama sekali akan berdiam diri sekiranya rumah ibadat mereka terus diperlakukan sedemikian.
Justeru, tindakan tegas daripada agensi-agensi pihak berkuasa terutama sekali Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah digesa untuk mengelakkan tindakan berniat jahat sebegini daripada berulang sekali lagi, serta merebak menjadi epidemik politik, agama dan perkauman yang tidak dapat dikawal lagi. Berdasarkan kepada kenyataan ini, ABIM menggesa agar pihak PDRM serta pihak yang berkenaan agar melaksanakan siasatan segera serta mendakwa pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

ABIM pada masa yang sama memohon agar
seluruh umat Islam di negara ini agar bertenang serta memberi kerjasama
yang sewajarnya untuk menangani polemik ini serta mengelakkan diri dari
mengamalkan pendekatan "witch hunt". Dalam hal ini, ABIM mengharapkan
agar umat Islam tidak bertindak melangkaui batasan yang ditetapkan dalam
ajaran Islam serta menzahirkan bantahan mereka berdasarkan kepada
peruntukan yang telah ditetapkan dalam kerangka perundangan negara.
ABIM juga menyeru agar Jawatankuasa Masjid di seluruh negara dapat mengambil inisiatif untuk mengadakan solat Hajat pada hari ini dan selepas solat Jumaat esok memohon agar kesucian masjid dan surau di seluruh negara terpelihara serta pihak yang bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan.
MOHAMAD RAIMI AB RAHIM
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

2 Februari 2012 / 9 Rabiulawal 1433H