Rabu, 10 Oktober 2012

Masyarakat Islam Cina Pulau Ketam Dahaga Bimbingan


Catatan Aktivis Dakwah ABIM, Azlan Sharif
6 September 2012:- Pada 6 September 2012 lalu, saya tekad secara solo ke Pulau Ketam, Klang.sepatutnya nak ajak ramai lagi daripada GPTD UNISEL,Briged Bakti Malaysia, khairudin YDP ABIM Selangor dan adindaku Mohamad Asiren.Terpaksa ubah rancangan kerana masa sangat suntuk. Selepas kerja saya dengan berbekal barang keperluan asas dan kamera terus menuju Terminal Feri Port Klang iaitu berhampiran KTMB Port Klang. Jam menunjukkan 6.20 petang,saya terus menaiki bot. Bot yang boleh memuatkan 75 penumpang dalam sesuatu masa dan tambang sehala RM 7.00.
Bot ini berlepas pada jam 6.30petang. Ketika itu, saya langsung tidak dapat membayangkan apa yang ada dan persekitaran di sana.Tawakal je pada Allah swt dan dalam hati berdoa agar dimudahkan urusan. Semasa di pejabat, saya hanya membaca artikel Utusan Malaysia bertarikh: 19 Julai 2012 bertajuk "Ziarah Pulau Ketam usaha murni dekati masyarakatnya" saya berharap dapat jumpa watak dan nama seperti dalam akhbar ini. Perjalanan bot mengambil masa 30 minit memang membosankan kerana kami tidak dibenarkan keluar daripada bot.
Kesempatan tersebut saya gunakan menemubual seorang kakitangan sekolah di Pulau Ketam berasal daripada Negeri Sembilan. Beliau telah 7 tahun berkhidmat di sini dan menurut beliau terdapat 4 sekolah di Pulau Ketam termasuk 1 sekolah menengah yang menempatkan 500 pelajar sekolah menengah. Oleh itu, saya rasa sangat rugi kerana tidak dapat menikmati pemandangan yang menarik seperti tersergam  Pokok Bakau, kelong, kapal nelayan, kapal kargo, gantry crane dan burung-burung. Saya berdoa agar dapat mendapat sesuatu yang bermakna sepanjang musafir di Pulau Ketam malam ini. Saya tiba di Pulau Ketam pada jam 7.00 malam. Saya mengambil kesempatan merakam foto menarik dan perkara pertama saya lakukan mencari Balai Islam Pulau Ketam.

Jam menghampiri Maghrib dan saya berdoa agar bertemu saudara seakidah yang tinggal di sini. Alhamdulilah, gembira hati apabila dapat bertemu seorang mualaf cina bernama Muhammad Ng Abdullah sedang membasuh perkarangan Balai Islam Pulau Ketam.Saya menyapa dan beliau menjemput saya berjemaah di situ. Saya mengucap syukur alhamdulilah kerana rancangan Musafir saya seperti dimudahkan. Saya mengambil wuduk dan meninjau kawasan sekitar Balai  Islam Pulau Ketam yang menempatkan ruang solat di bahagian atas bangunan, Ruang mesyuarat, 2 tandas,dapur dan 1 peti ais.

Saya mengambil kesempatan melaungkan azan di Pulau Sialu, rasa sayu kerana Balai Islam Pulau Sialu tidak diimarahkan kecuali pada masa program komuniti akibat kurangnya penduduk tempatan yang beragama Islam.selepas azan, muncul 2 lagi jemaah hadir iaitu warga indonesia. Kami kemudiannya bersolat berjemaah dan saya dipilih mengimamkan solat malam ini. Sayu hati kerana memikirkan pada keadaan biasa, siapakah yang mengimarahkan masjid ini. Muhammad Ng Abdullah merupakan mualaf cina dan majoriti penduduk beragama Budha dan musafir seperti Mohd khudori dan vigyo(warga Indonesia) yang bekerja menyapu sampah dan menyisih udang.

Selepas solat, kami minum dan Muhammad Ng pula mengambil menu burger daging sebagai makan malamnya. Kami berbual dan bertukar pandangan berkaitan isu dan masalah umat Islam di Pulau Ketam.PA system dan sistem dakwah di bawah JAIS/MAIS perlu diperkemaskan semula. Kewujudan Balai Islam Pulau Ketam sebenarnya peluang untuk NGO  belia Islam di luar sana meneroka ruang latihan dakwah dan sistem pengurusan Alam sekitar yang boleh dipraktik. Kenderaan utama di sini ialah basikal sahaja.Sistem kitar semula dipraktikan di mana semua botol plastik dan tin aluminium dibuang ke dalam bekas jaring yang disediakan.di sini terdapat Balai Polis Pulau Ketam, Klinik Kesihatan Pulau Ketam,sekolah rendah dan sekolah menengah. Kebanyakan staf adalah berbangsa Melayu dan dianggar penduduk warga indonesia menjangkau 100 orang. Namun, kemudahan solat Jumaat hanya dilakukan di Tanah besar(perlu menaiki bot ke Port klang selama 30 minit!)

Kemudian kami solat Isyak berjemaah dan saya mengajak saudara khudori menemani makan dan bertemu penduduk Islam di Pulau Ketam ini. Kami singgah makan di Kedai Saudara Hisham dan Rosmini dan mereka berasal daripada Kluang,Johor. Satu-satunya kedai Melayu di Pulau Ketam.Selain beliau terdapat kedai milik warga Indonesia beragama Islam mengusahakan ikan bakar berhampiran kedai beliau. kami memesan nasi goreng, telur goreng,teh ais,sup kosong dan goreng terung sebagai menu makan malam kami. Sambil menonton rancangan 999 kami menikmati makanan malam yang enak.

Perbualan saya kemudian dengan Saudara Hisham dan Puan Rosmini mengetemukan beberapa masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak Pusat zakat selangor dan Pusat Khidmat YB Dr Halimah Ali, ADUN Selat Kelang. Mereka memaklumkan usaha perniagaan mereka menjadi fardhu Kifayah kerana menyediakan perkhidmatan makanan kepada Orang Islam yang berada sini tanpa mendapat bantuan sewajarnya daripada pihak berwajib,hal ini seperti sewa kedai RM1300 dan mereka memberi tempoh 4 bulan lagi sebelum membuat keputusan muktamad untuk masa depan perniagaan Orang Islam di Pulau Ketam.
Selain itu, mereka kurang senang dengan pengambil alihan Balai Islam Pulau Ketam kerana gaya Ustaz yang digaji oleh MAIS/JAIS kurang mesra. Hal ini pihak berwajib perlu mengambil maklum. Selepas makan, saya mengajak saudara Khudori melawat sekolah, balai polis,perumahan Jalan 3 Pulau Ketam.Muhammad Ng, Noja Balai Islam Pulau Ketam bekerja sebagai security guard di SJK(C). Walaupun beliau kelihatan seperti warga emas berbangsa Tionghua di Pulau Ketam seperti berseluar pendek dan berbahasa hokkein. beliau sering menyebut kalimah zikir menyebabkan saya rasa hampir dengan beliau.Tidak syak lagi kalimah firman iaitu Semua mukmin adalah bersaudara. Kemudian saya dijemput oleh saudara Khoduri untuk tidur di rumah sewa mereka iaitu kawasan gudang bersebelahan Jeti Pulau Ketam dan saya menerima dengan hati yang terbuka.

Pada jam 5.30 pagi, saya digerakkan oleh saudara khudori dan bersiap untuk ke Balai Islam Pulau Ketam.Tepat jam 6 pagi, saya melaungkan azan subuh setelah berkesempatan berzikir, baca quran dan solat sunat sebelum subuh. Selepas solat subuh berjemaah. kami turun ke bawah untuk menonton TV al hijrah. Ustaz Don membicarakan tajuk "Israk dan mikraj". Bagaimana Rasullulah di Israk (dijalankan). Analogi Ustaz Don amat mudah iaitu seekor ikan pergi ke KLCC. Kelihatan mustahil, tetapi apabila tuan ikan memasukkan balang berisi ikan dan membawa balang tersebut ke KLCC barulah terjadi peristiwa ikan pergi KLCC. Dakwah Interaktif sudah mendapat tempat dan saya bayangkan kalau pendakwah muda yang sudi membawa misi sama ke sini tentukan menarik.

Kemudian, kami mencari sarapan pagi iaitu jam 6.50 pagi, kami pergi ke kedai Puan Ina. kami memesan nasi lemak dan lauk ikan. Khudori pula memesan air kopi tarik di kedai lain yang berhampiran.Kami berbual panjang dengan pemiilik kedai tersebut dan beliau mengakui berniaga di Pulau Ketam. beliau berniaga pada sebelah pagi sehingga tengahari manakala Saudara Hisham dan kak rosmini berniaga makanan petang sehingga malam.Beliau telah berniaga mewarisi keluarga sejak 2 tahun lalu. Beliau berasal daripada Tampin, Negeri Sembilan.