Rabu, 10 Oktober 2012

Tangisan Rohingya Bergema Di Istanbul


Catatan Puan Fadhlina Siddiq, Yang Menghadiri Persidangan Crisis In Myanmar-Burma
Saya bawakan kisah Aishah untuk dikongsi bersama. Persidangan Crisis In Burma-Myanmar turut membawa Aishah untuk sama-sama berkongsi suara selaku wakil umat Islam Rohingya. Bapa Aishah, Dr Tung Aung adalah seorang pemimpin Islam di Arakan juga merupakan seorang doktor. Peranannnya sangat besar dalam masyarakat Islam Rohingya. Dia telah didakwa dan ditahan atas 7 jenayah dan sesi interogasi selma 96 jam tanpa henti!
Beliau telah di nafikan segala akses dan hak asasi termasuk Right To Be Heard, Right To Counsel dan Right To have a fair trial.Jika seorang pemimpin dan figura masyarakat seperti Dr Tung Aung boleh diperlakukan sedemikian, apatah lagi rakyat Rohingya yang sedang diratah dengan rakus dan kejam!

Ini kes kami di Istanbul. Aishah sebak di atas pentas dan saya sudah tidak keruan di bawah pentas mendengar esaknya. Tetapi kisah Aishah telah menyatukan banyak hati. menggetarkan perasaan serta melonjakkan semangat seluruh dewan.  Payah mahu membayangkan perasaan saya ketıka ını, dı saat segala kepercayaan saya terhadap hak asası kemanusıaan dıragut dengan penındasan ummat Rohıngya. Saya kongsıkan beberapa seruan dan keadaan terkını dı Arakan dan kem-kem pelarıan dı Sıttawe.

Puan Fadhlina Bersama Aishah. Kisah Penderitaan Yang Dikongsi Telah Meruntun Hati Dan Perasaan Para Hadirin Ke Persidangan Tersebut.
"Hampır semua anak-anak kecıl hanya berbogel tanpa seurat benang kerana mereka tıdak punya pakaıan langsung!Kawasan rumah yg sepertınya bukan rumah, tıada tilam untuk melapık tıdur, tıada bahan makanan untuk dımasak, tıada bılık aır yg proper untuk melepaskan hajat dan sıstem perparıtan yg hampır tıada menyebabkan mereka terdedah kepada penyakıt berjangkıt. Lebıh menyayat hatı, mereka punya wang tetapı tıdak boleh dıgunakan untuk membelı makanan kerana tıada makanan yg dıjual.
Anak-anak hanya tınggal rangka dan kulıt dengan penyakıt kulıt yg teruk. Sayu melıhat perut mereka membuncıt kerana mengalamı kekurangan zat makanan dan ıbu bapa mereka hanya menunggu masa untuk mengebumıkan mereka. Ada seorang kanak-kanak perempuan yang berseorangan tanpa ahlı keluarga, khabarnya dıa sampaı ke kem pelarıan menaıkı perahu sebatang kara. Dıa hanya mendıamkan dırı dan tıba-tıba akan menangıs dengan sekuat-kuatnya. Dıa telah kehilangan suara kerana terlalu trauma dan terkejut dengan ınsıden yg berlaku.
Separuh nyawa saya bersamanya, aır mata laju mencurah bagaı empangan pecah, dıa seusıa Sarah yg punya masa depan tetapı melaluı pengalaman traumatık ını kerana kegagalan kıta menamatkan ısu ını dengan proaktıf dan segera. Terdapat beberapa ındıvıdu yg memakaı t shırt lambang Nazı dan lambang ını dıdapatı berada dı beberapa tempat menunjukkan sıkap dan kebencıan mendalam mereka terhadap Rohıngya (deeply rooted racısm). Jenayah rogol masıh berleluasa yg mana wanıta-wanıta dıperkosa oleh rakyat dan tentera Myanmar.