Selasa, 9 Oktober 2012

Yusuf Al-Qaradhawi Fuqaha Rujukan Dalam Bidang Politik


29 September 2012:- Kewibawaan Yusuf Al-Qaradhawi dalam bidang Fiqah membolehkan pemikiran dijadikan sebagai autoriti rujukan utama di kalangan umat Islam seluruh dunia. Begitulah kesimpulan yang diutarakan oleh Dr Maszlee Malik dalam perbincangan Perbincangan Yusuf Al-Qaradhawi dalam Siyasah dan Kemasyarakatan, ketika Seminar Pemikiran Yusuf Al-Qaradhawi anjuran ABIM sempena Muktamar Sanawi Ke-41 pertubuhan tersebut di Auditorium Abu Zarim, ILSAS, UNITEN, 29 September yang lalu.

“Disebabkan latar belakang tersebut (sebagai seorang Faqih) pandangan Yusuf Al-Qaradhawi dalam bidang politik sering dijadikan rujukan di kalangan tokoh-tokoh gerakan Islam di Asia Barat seperti Rachid Ghannouchi,” menurut beliau yang turut mengulas beberapa pandangan Yusuf Al-Qaradhawi dalam bidang politik termasuk persoalan amalan demokrasi dalam konteks ajaran Islam.
Dr Maszlee juga turut mengetengahkan senario dihadapi oleh Yusuf Al-Qaradhawi di mana pandangan beliau ditolak dua kelompok : liberal dan ekstremis di Timur Tengah."Sebab itu beliau mengemukakan pandangannya secara Wassatiyyah di antara kedua-dua pandangan (liberal dan ekstremis," jelas beliau kepada hadirin yang memenuhi Auditorium Abu Zarim ketika seminar tersebut. (Untuk mengikuti rakaman penuh pembentangan beliau sila klik pada link www.mobtv.my)