Oleh: Amidi Abd Manan (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia)
Pendedahan mengenai amalan sihir yang semakin merebak dalam masyarakat kita adalah sesuatu yang menggusarkan. Ia merupakan ancaman yang amat serius terhadap keutuhan masyarakat dan sekaligus negara. Ia menandakan satu krisis yang parah yang sedang melanda pemikiran masyarakat kita. Apabila kepercayaan terhadap sihir semakin meningkat ia memberi maksud krisis akidah sedang berlaku dengan hebat. Mempercayai sihir sebenarnya membawa masyarakat kita ke belakang dari sudut pemikiran dan kepercayaan.
Adalah dipercayai bahawa masyarakat Melayu yang tinggal di rantau ini menganut faham animisme kemudian datanglah pengaruh Hindu-Buddha. Setelah itu ketibaan agama Islam membawa kemajuan serta tamadun sehingga bangsa Melayu menjadi bangsa yang dihormati. Islam telah mengubah kepercayaan yang berteraskan tahyul kepada kepercayaan yang berteraskan rasional dan hujah yang datang dari perkhabaran wahyu dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Ia sekaligus mengubah pandangan hidup yang membuatkan bangsa Melayu keluar dari kepompong ketakutan terhadap kemurkaan atau konfrontasi dewa kayangan kepada hukum alam yang tunduk kepada aturan Allah atau sunnatullah. Dari reformasi pemikiran ini melahirkan satu bangsa yang begitu menyerlah dalam mengepalai perdagangan di sebelah timur dunia. Maka krisis atau isu sihir ini merupakan ancaman kepada keutuhan bangsa. Apabila bangsa Melayu kembali kepada tahyul maka mereka akan terus terhina dan akhirnya akan membungkam dalam kemunduran. Kita akan terkurung dalam satu set kepercayaan yang melemah dan menghina serta kita akan terpinggir dari arus kemajuan tamadun dunia.
Apabila berlaku satu-satu isu yang sebegini kita perlu melihat dari kedua-dua aspek iaitu aspek dalaman dan aspek luaran. Dalam hal yang melibatkan sihir ini, ia amat terkait rapat dengan perihal akidah. Mempercayai sihir atau meyakini bahawa syaitan, iblis dan yang seangkatan dengannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang dimahui adalah satu cara mempersekutukan Allah yang membawa kepada syirik. Dalam hal ini kita boleh menggunakan istilah berlakunya krisis kepercayaan terhadap kekuasaan Allah dan ketentuannya sehingga menyebabkan kita sanggup mengambil tindakan yang jelas terlarang dan dikutuk dalam Islam.
Sekarang timbul persoalan mengenai bagaimanakah boleh terhakisnya keyakinan tersebut? Benarkah keyakinan yang utuh telah benar-benar terbina hasil dari proses pendidikan? Atau keyakinan itu sendiri amat lemah ataupun langsung tidak pernah terbina walaupun telah melalui pendidikan yang panjang? Dengan lain perkataan pendidikan tauhid atau akidah hanya bersifat pemindahan maklumat bukan membina kayakinan. Masyarakat mungkin mengetahui perkara-perkara dalam pelajaran tauhid seperti keEsaan Allah, kewujudan Allah dan alam ghaib tapi tidak meyakininya.
Ini baru persoalan sihir belum lagi kes-kes bunuh diri, tekanan mental dan pelbagai kepercayaan yang karut yang melingkari masyarakat kita.
Oleh yang demikian kita perlu menghalusi kaedah pengajaran akidah atau pedagogi yang berkesan untuk membina keyakinan bagi mengatasi krisis ini. Jika tidak pengajaran akidah akan menjadi sama dengan subjek yang lain.
Matapelajaran akidah perlu berupaya membentuk pandangan sarwa atau ‘worldview’ masyarakat kita. Jika tidak, bolehlah dianggap pengajaran akidah itu gagal dan tersasar daripada tujuannya.
Ini aspek dalaman yang perlu kita berikan perhatian bagi menangani persoalan sihir yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita.
Manakala aspek luaran pula disumbangkan oleh persekitaran. Selain dari masyarakat sekeliling, media menjadi amat rapat dan merupakan salah satu faktor terbesar dalam membentuk kefahaman dalam masyarakat.
Penghasilan filem dan cereka yang membawa genre seram yang sudah semestinya mengenengahkan unsur-unsur tahyul membawa pengaruh secara langsung. Selain itu bahan-bahan penerbitan yang membawa unsur-unsur seram-lucah semakin rancak pengeluarannya.
Ini sekaligus memberi pengaruh kepada masyarakat yang rata-rata mempunyai tahap penghayatan dan keyakinan akidah yang agak lemah. Maka ini akan menyumbang kepada peningkatan kes-kes sihir.
Selain dari itu, kemunculan industri perubatan alternatif yang mencampur adukkan antara perubatan tradisional dan khurufat makin mengelirukan masyarakat. Publisiti yang diberikan terhadap kehandalan seseorang pengamal perubatan alternatif juga sedikit sebanyak boleh menjerumuskan seseorang ke kancah kepercayaan khurafat yang tidak sewajarnya.
Maka jelas disini, tindakan JAKIM menggubal enakmen yang berkaitan dengan amalan sihir tepat pada masanya. Namun ia masih lagi belum mencukupi jika tidak disepadukan dengan teknik pengajaran akidah yang berkesan, kawalan terhadap media dan kaedah penentusahan pengamal-pengamal perubatan alternatif.
Ia bukan sahaja satu kesalahan syariah tetapi juga satu kesalahan akidah dan setiap individu yang terbabit perlu dipulihkan keyakinannya terhadap kesucian akidah Islamiah.
AMIDI BIN ABDUL MANAN
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia