Pernyataan Naib Presiden PKR, Yb Nurul Izzah Anwar mengundang pelbagai ulasan dan reaksi. Persoalan mengenai pendirian beliau yang sebenar masih hangat diperdebatkan. Penjelasan yang beliau berikan tenggelam dalam ulasan yang masih disangsikan asasnya samada berasaskan kenyataan, laporan media mahupun tanggapan serta strategi perang saraf pihak-pihak tertentu.
Isu yang bermula daripada satu pertanyaan oleh seorang peguam mengundang pelbagai tanggapan. Antara tanggapan yang menarik perhatian adalah keberaniannya mengutarakan mengenai kebebasan beragama bagi orang Melayu. Adakah idea atau pemikiran yang sebegini sudah mula menampakkan warnanya dengan ketara sepertimana didakwa, dalam masyarakat Melayu?

Terlepas dari tanggapan mungkin pertanyaan itu merupakan satu strategi perang saraf pihak berkepentingan, ia masih tetap satu persoalan yang meresahkan umat Islam khususnya di Malaysia. Tidak mahu terlibat dalam polemik pemikiran seperti pasca-islamisme, liberalisme agama dan pluralisme agama, wujud satu mesej yang perlu diberi perhatian oleh para pendakwah di Malaysia.
Hakikat yang perlu kita akui iaitu berlaku perubahan pada masyarakat Melayu dalam menanggapi Islam hari ini. Melayu tanpa Islam adalah Melayu yang kehilangan jati dirinya. Tanpa Islam, Melayu hanya akan mempunyai kulit luaran tanpa isi dan ruh bangsanya. Jasad bangsa Melayu terdedah dengan segala pencemaran dan seterusnya menghakis rupa Melayu dan tampillah Melayu dalam jasad bangsa lain yang berbeza identitinya.
Islam terjelma dalam hampir segenap sudut kehidupan bangsa Melayu. Bermula dari saat kelahiran sehinggalah kematian. Semua upacara yang berkaitan lahir dan mati dalam masyarakat Melayu berlandaskan Islam. Begitu juga dengan perkahwinan dan majlis keraian yang lain, unsur Islam amat kuat dan hampir mustahil untuk dipisahkan.
Meneliti Gurindam Dua Belas yang dikarang oleh Raja Ali Haji yang berbunyi, "Ini gurindam fasal yang kedua:

Maka apakah lagi yang harus ada bagi menempati sudut-sudut kehidupan seorang Melayu hari ini? Jika gelodak jiwa mempertikaikan kebenaran Islam semakin mengakar dalam sanubari bangsa ia mengisyaratkan proses pendangkalan makna Islam dalam kehidupan bangsa Melayu semakin ketara. Islam tidak lagi menempati dhamir Melayu. Hujah-hujah Islam yang dahulu memimpin pemikiran Melayu semakin pudar serinya. Pemikiran seorang Melayu hari ini belum tentu selari dengan kehendak Islam. Ia mungkin sahaja mewakili pandangan yang tersimpang dari pengaruh Islam.
Islam pada hari ini mungkin menyelimuti Melayu sebagai tradisi dan trend sahaja. Tradisi kerana mereka dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam. Oleh itu segala perlakuan dan tatacara kehidupan diamalkan bagi memenuhi kehendak tradisi tanpa memahami ruh dan signifikannya. Trend pula adalah sesuatu yang popular dan biasanya mempunyai tempoh masa tertentu. Ia menguasai dalam satu sela masa dan akhirnya hilang ditelan trend yang berikutnya. Perkara sebegini dapat kita lihat pada populariti muzik nasyid yang memuncak satu ketika dahulu kini mulai pudar.
Melayu perlu diperingatkan kembali untuk menghayati Islam sebagai ad-din. Ad-din bukan sekadar satu kepercayaan apatah lagi pemikiran, tetapi ia adalah satu kefahaman, keyakinan, penghayatan kepada satu set ajaran yang meliputi kepercayaan, peraturan dan cara hidup yang lengkap dan menyeluruh (syamil dan kamil). Ia adalah keyakinan di hati, diungkapkan pada lisan dan dizahirkan dengan amalan.
Para penggerak dakwah, pemimpin Melayu, pendidik, cendekiawan dan segenap lapisan masyarakat perlu bergandingan bagi mengangkat makna Islam dan diletakkan pada martabat yang sewajarnya. Dakwah dan tarbiah adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Peraturan atau undang-undang bukanlah jalan penyelesaian di barisan hadapan.
Apatah lagi kita cuba untuk menyerahkan kepada sistem politik demokrasi yang sudah tentu bukan jaminan yang kukuh untuk memastikan bahawa Islam dihayati sepenuh dan seutuhnya. Ia meletakkan Islam pada satu pilihan yang boleh diterima atau ditolak berdasarkan kepada kecenderungan masyarakat. Kecenderungan masyarakat pula boleh diacu dengan penguasaan media, tekanan ekonomi dan sebagainya.
Kefahaman Islam sebagai cara hidup terbaik perlu dipertegaskan kembali. Ia merupakan inti kepada dakwah dan pendidikan. Menyusuri subjek akidah bukan sekadar mengetahui maklumat mengenai ketuhanan dan perkara yang berkaitan dengannya tetapi ia sepatutnya mampu meneguhi keyakinan dan kepercayaan terhadap agama Islam.
Memperlihatkan keterbukaan perlu bertempat dengan matlamat yang jelas. Sifat Islam yang terbuka menerima kehadiran agama lain jangan disalahertikan. Kewujudan pelbagai i'tiqad sememangnya akan berterusan hingga hari kiamat. Perhubungan antara penganut agama Islam dengan bukan Islam telah digariskan dengan jelas agar tidak berlaku zalim dengan memaksa mereka yang bukan Islam menganuti Islam menerusi kerencaman kaedah dan cara.
Jangan dituruti tindakan penguasa Rom yang menindas kelompok pengikut Nabi Isa mahupun membalas dendam seksaan yang diterima daripada Abu Jahal dan sekutunya. Yakinlah bahawa kebenaran itu amat jelas dan berbeza dengan kebatilan. Cukuplah Allah sebagai waliy (penguasa) bagi orang mukmin yang akan menemukan cahaya dan memadam puaka kegelapan yang dipenuhi kesesatan.
Kesangsian umat Melayu terhadap Islam perlu dihapuskan. Keyakinan yang tebal yang dipertahankan sejak sekian lama telah terbukti kebal, bagi memadam misi penjajah yang menaja kefahaman Gospel. Justeru sikap apologetik pihak-pihak tertentu yang mahu meraikan keselarian dengan faham kebebasan dari barat tanpa usaha dakwah yang tuntas adalah sikap yang perlu diperbetulkan. Apatah lagi kelompok yang begitu bangga dengan pemikiran yang dinamakan sebagai ' pemikiran Islam yang progresif' yang cuba membongkar penafsiran pandangan muktabar tanpa adab dan asas yang sahih.
AMIDI BIN ABDUL MANAN
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia