Isnin, 3 Disember 2012

Orang Melayu Akan Menilai Samaada UMNO Berjaya Atau Gagal

Photo: Orang Melayu Akan Menilai Samaada UMNO Berjaya Atau Gagal

Rakyat,  khususnya orang Melayu akan melihat sejauh mana kesungguhan UMNO dalam menawarkan pembelaan dan memperjuangkan nasib Melayu. Segala tawaran dilihat tidak bermakna jika ia hanya sekadar pemanis kata dan gula-gula pilihanraya.

Mengungkapkan Melayu dengan serba serbi kelemahan dan kekurangan serta memerlukan pembelaan kadang kala boleh memerangkap UMNO sendiri. Ia memberi gambaran bahawa UMNO gagal dalam usia melebihi separuh abad untuk membela dan mengangkat martabat bangsa Melayu. 

Pernyataan sebegini menjemput lebih banyak kritikan dan cemuhan berbanding pujian dan sokongan. Sempena dengan perhimpunan kali ini elok juga direnung pesan Sultan Malikul Saleh kepada kedua cucundanya seperti yang diceritakan dalam Hikayat Raja Pasai.

“Hai cucuku kedua, ketahui oleh kamu kedua, karna aku ini sakit sangat, rasanya hampirlah hukum Allah Taala akan daku berpindah daripada negeri yang fana ke negeri yang baqa itu: adapun peninggalku ini baik-baik kamu kedua memeliharakan pekerjaan [al-] amr bi’l-ma’ruf wa [‘l]-nahy ‘an il-munkar. Sebermula │ jangan kamu banyak tamak akan arta dunia, karna dunia ini tempat segala yang maghrur dan jangan sangat kamu ingin akan segala yang tiada memberi manfaat akan kamu di akhirat, dan jangan kamu tiada muafakat dua bersaudara daripada segala perkerjaan kamu; jangan sekali bersalahan antara kamu kedua bersaudara supaya dikararkan Allah Taala engkau kedua dalam kerajaan dan supaya diperkenankan Allah segala pinta kamu daripada segala yang kebajikan dan jangan kamu melalui seperti barang yang dititahkan Allah ………..”

Kepentingan dakwah seperti yang dititipkan oleh Sultan Malikul Saleh kepada kedua cucundanya perlu dihayati oleh semua masyarakat Melayu dari segenap peringkat. Proses ‘imbang periksa’ (check and balance) amat diperlukan dalam kita melakukan pembelaan terhadap nasib bangsa. 

Penerimaan teguran sebenarnya berakar umbi dari pandangan sarwa orang Melayu yang menganggap kepimpinan itu sebagai satu taklif (pertanggungjawaban) yang perlu disempurnakan.

Justeru manusia yang serba lemah ini sudah tentu mempunyai seribu satu kekurangan yang terjelma dari kejahilan dan kecuaian. Maka satu suasana yang ‘mesra teguran’ perlu diwujudkan antara Melayu dan pemimpinnya. 

Pemimpin tidak berasa direndahkan dan pengikut tidak berasa dimalukan. Kisah perjanjian antara Seri Teri Buana (raja) dan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat perlu menjadi renungan kita bersama:

Maka sembah Demang Lebar Daun…. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi.

Kemudian  Seri Teri Buana memberikan satu penyataan tegas menyanggupi permintaan Demang Lebar Daun itu dengan mengatakan, “Kabullah hamba…..” lantas diperteguhkan lagi,“Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya”. 

Itulah komitmen pemimpin Melayu dalam memelihara maruah dan kehormatan anak bangsanya. Maruah dan harga diri orang Melayu perlu dijaga dengan baik oleh pemimpinnya.

Harga diri juga amat terkait rapat dengan kebebasan bersuara. Seorang pemimpin yang hebat seperti Sultan Mansur Syah yang memimpin Melaka di zaman kemuncaknya dinukilkan telah bertitah; “ Celaka kau wahai Muhammad, engkau ditolak bumi Melaka”, apabila anakandanya itu telah membunuh anak paduka Bendahara dan diperintahkan agar berpindah ke Pahang.

Kisah ini menunjukkan betapa pemimpin Melayu (Sultan Mansur Syah), peka dengan suara orang Melayu yang tidak mahu ber’tuan’kan seorang pembunuh, dan sikap Sultan Mansur Syah ketika itu yang mengutamakan kesejahteraan kerajaan berjaya menyelamatkan masyarakat dari bahaya perpecahan. 

Umat  Islam di Malaysia khususnya orang Melayu memerlukan pemimpin yang mampu membina rasa kebersamaan untuk tekun dalam menghayati amanah Allah serta menerima Islam sebagai ad-din.

Penulis (Amidi Abd Manan) adalah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Artikel ini disiarkan dalam akhbar Berita Harian, Khamis, 29 November 2012, ms 32.

Rakyat, khususnya orang Melayu akan melihat sejauh mana kesungguhan UMNO dalam menawarkan pembelaan dan memperjuangkan nasib Melayu. Segala tawaran dilihat tidak bermakna jika ia hanya sekadar pemanis kata dan gula-gula pilihanraya.

Mengungkapkan Melayu dengan serba serbi kelemahan dan kekurangan serta memerlukan pembelaan kadang kala boleh memerangkap UMNO sendiri. Ia memberi gambaran bahawa UMNO gagal dalam usia
melebihi separuh abad untuk membela dan mengangkat martabat bangsa Melayu.