3 Januari 2013:- ABIM Negeri Perak telah
diminta untuk memberi penjelasan oleh ramai umat Islam khususnya di
Perak tentang isu “AMANAT HAJI HADI” berdasarkan kenyataan Dato Seri
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS ketika berceramah di Kuala
Terengganu pada 7 April 1981, KONONNYA menggelarkan Umno sebagai parti
"kafir" dan perkara itu disebarkan secara meluas oleh PAS pada , tahun
1980-an dalam bentuk poster. Perkara ini sangat menghairankan kenapa
setelah sekian lama berlaku, baru kini dibangkitkan semula. Ternyata isu
ini telah mendatangkan suasana yang tidak baik kepada umat Islam di
negara ini, khususnya di Perak. Ia juga boleh menjerumus umat Islam
kepada siri-siri fitnah baru berdasarkan isu lama.
Justeru, ABIM Negeri Perak ingin mengulangi pendirian bahawa Presiden PAS sangat wajar diberikan peluang untuk muncul secara langsung melalui televisyen bagi membuat penjelasan tentang isu yang dibangkitkan. Adapun cadangan agar beliau menggunakan web tv melalui internet adalah tidak relevan sama sekali kerana ia tidak mampu dicapai oleh semua pihak berbanding fitnah dan tohmahan terhadap beliau yang telah diulang-ulang selama beberapa minggu melalui media massa utama. Isu umat Islam akan keliru jika dibuat secara langsung, tidak akan timbul kerana umat Islam kini mampu membuat rujukan dan berfikir untuk membuat penilaian
ABIM juga bersetuju dengan satu lagi cadangan dari pihak SINAR untuk menganjur forum terbuka yang melibatkan Presiden PAS tersebut, kerana keyakinan pelbagai pihak terhadap kejayaan SINAR menganjurkan forum atau debat secara terbuka, telus dan tulus.
SUHAIMI BIN LATIP
YANG DIPERTUA, ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) ,
CAWANGAN NEGERI PERAK.
21 SAFAR 1434 BERSAMAAN 3 JANUARI 2013