Oleh: Abdul Rahim Sabri |
Writ saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 pagi ini oleh peguam Abim Mohd Khairul Anwar Ismail melalui Tetuan Anwar Ismail & Associates.
Writ saman itu merujuk kepada artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 8 Februari bertajuk 'PAS Benarkan Tarian Lucah, Abim Hina Isteri Rasulullah?' di perenggan 16 dan 17.
Tulisan itu didakwa sebagai "suatu penyataan fitnah yang berniat jahat terhadap plaintif yang bertujuan untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta merendahkan martabat plaintif sebagai sebuah pertubuhan Islam dan dakwah yang cukup dikenali".
Amidi dalam writ samannya berkata artikel dan penyataan tersebut merupakan satu fitnah dan berniat jahat bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan reputasinya.
Selain itu ia juga didakwa menimbulkan kebencian dan penghinaan masyarakat umum sebagai pertubuhan Islam dan kepimpinannya serta mencari sensasi dan publisiti murahan didorong oleh kecenderungan politik dan tujuan lain."Artikel fitnah dan penyataan fitnah tersebut yang dibuat terhadap plaintif adalah tidak benar dan salah sama sekali, malahan ianya tidak lain tidak bukan adalah bersifat liar dan jahat, dan secara keseluruhannya tidak berlaku adil kepada plaintif.
"Sebagai pertubuhan Islam dan dakwah, plaintif dengan tegasnya menafikan bahawa anugerah tersebut diwujudkan dan diberikan dengan bertujuan menghina dan mempersenda isteri Rasulullah SAW," writ saman itu dipetik.
Dokumen itu menyebut, anugerah dengan nama tersebut sebelum ini pernah diberikan oleh institusi lain selain Abim, termasuk juga institusi kerajaan.
Amidi juga berkata, beliau dan para pemimpin Abim menanggung malu dan kepercayaan masyarakat mula terhakis akibat “fitnah keterlaluan” yang didakwa memberi gambaran jahat keterlaluan kepada plaintif.
Writ itu difailkan selepas ketiga-tiga defendan enggan menarik balik artikel dan memohon maaf terbuka sehingga ke hari ini kepada Abim selepas notis tuntutan itu dihantar pada 22 Februari lalu.
Selain gantirugi pampasan RM10 juta, beliau turut menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan serta perintah injunksi untuk menahan artikel itu diterbit, dilafaz atau dicakapkan semula oleh Utusan atau/dan ejennya atau sesiapapun.
Selain itu Amidi turut menuntut antaranya faedah sebanyak 8 peratus ke atas jumlah penghakiman dan tarikh pemfailan saman sehingga penyelesaian penuh dan kos relif yang difikirkan adil dan berpatutan oleh mahkamah.
Turut mengiringi Amidi ke mahkamah hari ini ialah peguam Mohd Khairul Anuar dan Setiausaha Agung Mohamad Raimi Ab Rahim.
Sumber: Malaysiakini