Khamis, 22 September 2011

ABIM Cawangan Melaka Bandar Mohon MPHTJ membatalkan kenaikkan Caj Tempat Letak Kenderaan



ABIM Melaka Bandar memohon agar pihak berkuasa menilai semula tindakan pihak berkuasa tempatan mengenakan caj tempat letak kenderaan yang boleh membebankan pengguna sedangkan rakyat pada hari ini dibebankan dengan kenaikan kos hidup yang tinggi. Seharusnya pihak berkuasa tempatan mengutamakan rakyat dalam membuat keputusan meningkatkan sebarang caj yang boleh membebankan rakyat.

Menurut Timbalan Yang Dipertua ABIM Cawangan Melaka bandar merangkap exco Ekonomi ABIM Negeri Melaka Tuan Haji Syafizal Abdul Hameed.Tindakan menaikkan caj parking kenderaan pastinya mengundang kemarahan rakyat dan besar kemungkinan akan memberikan kesan kepada kenaikan harga barang terutamanya melibat premis perniagaan yang terlibat. Beliau juga amat terkejut apabila motosikal yang sebelum ini tidak dikenakan sebarang caj sebaliknya dikenakan caj parking. Beliau amat berharap agar pihak kerajaan negeri dapat menilai semula tindakan ini dan memenuhi hasrat 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' yang dilaung-laungkan selama ini.

Tuan Haji Shafizal bin Abdul Hameed
Timbalan Yang Dipertua, ABIM Cawangan Melaka Bandar,
Merangkap Exco Ekonomi & Pendidikan ABIM Negeri Melaka



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar