Angkatan
Belia Islam Malaysia (Abim) menyambut baik pengumuman pemansuhan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak serta
beberapa akta yang berkaitan.
Langkah ini memperlihatkan ketelusan kerajaan untuk memelihara ketenteraman dan kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Pengumuman ini menandakan keterbukaan sikap pihak pemerintah terhadap desakan serta pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak terhadap akta tersebut sebelum ini.
Namun demikian, amat malang sekiranya pengumuman ini hanya bersifat populis untuk meraih undi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka bakal dilangsungkan tidak lama lagi.
Dalam konteks ini, ABIM tidak mahu melihat rakyat terperangkap dalam permainan politik dilihat semakin rencam dan mengelirukan rakyat.
Sekiranya inilah yang sebenarnya berlaku, ABIM khuatir ia akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap ketelusan pemerintah yang sekaligus menjejaskan integriti serta keabsahan pihak berkenaan dalam melaksanakan agenda transformasinya.

Ikuti kenyataan penuh di sini
KENYATAAN ABIM KEBANGSAAN
Di Sediakan Oleh SUHAIMI BIN MOHD SAAID
Yang Dipertua ABIM Cawangan Melaka Bandar merangkap
Timbalan Yang Di Pertua, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Melaka