Rabu, 12 Oktober 2011

JAIS-DUMC: TITAH SULTAN DIJUNJUNG



BERNAMA melaporkan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Amidi Abdul Manan berkata titah Sultan Selangor itu amat rasional dan menjunjung prinsip ihsan seperti yang dianjurkan dalam Islam. Katanya titah baginda itu begitu tegas dan berani dalam menyatakan kebenaran mengenai cubaan pemesongan akidah umat Islam tapi dalam masa yang sama menganjurkan rasa hormat bagi memelihara keharmonian pelbagai agama. "Jelas, baginda amat memahami prinsip pemuafakatan dan dalam masa yang sama tegas mengekang golongan pelampau agama," kata Amidi.


Beliau berkata tindakan JAIS yang jelas mematuhi peruntukan landasan undang-undang memberi mesej yang jelas kepada pihak berkenaan agar menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Katanya pihak berkenaan seharusnya diberikan pemahaman mengenai peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan mengenai kesucian Islam agar mereka tidak cuba mengulangi perbuatan itu. Kenyataan yang sama juga boleh dilihat menerusi laman berita Malaysia Kini.


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar