Sabtu, 5 November 2011

YDP ABIM MELAKA BANDAR KEMALANGAN KETIKA PULANG BERAYA

Oleh: Khairul Adli Abdullah
Tarikh: 5 November 2011
adirul85@gmail.com


Melaka - Tuan Yang Dipertua ABIM Melaka Bandar, sdr. Suhaimi Mohammed Saaid (gambar kiri) telah mengalami kemalangan di KM88 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Sungai Petani, Kedah ketika dalam perjalanan pulang beraya ke kampung halamannya di Perlis. Kemalangan berlaku pada jam 5.30 pagi tadi.


Di dalam pesanan ringkas(SMS) sdr. Suhaimi berkata, "Saya terbabas di lebuh raya. Bahagian hadapan kereta remuk, cermin pecah. Tapi alhamdulillah saya dan kelurga selamat."


"Saya mohon rakan-rakan seperjuangan, mendoakan agar Allah S.W.T. memudahkan segala urusan saya menyelesaikan apa yang telah berlaku.", kata beliau lagi.

Lantaran dari itu, Exco Penerangan ABIM Melaka Bandar, sdr. Khairul Adli Abdullah melahirkan rasa syukur ke hadrat ilahi, kerana orang atasanya itu terselamat di dalam kemalangan berkenaan.


Sdr. Khairul berkata, "Saya amat terkejut ketika menerima berita kemalangan yang dialami ketua saya sdr. Suhaimi Mohammed Saaid. Namun saya bersyukur kerana Allah S.W.T. telah melindungi beliau dan keluarga." 


"Saya sempat berpesan kepada beliau, agar bersabar dengan ujian getir yang menimpa itu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar, dan sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Moga Allah gantikan yang lebih baik.", kata beliau lagi.


Manakala pada jam 9.30 pagi tadi, sdr. Suhaimi sedang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani, Kedah. Setelah itu, beliau dijangkakan tetap akan pulang ke kampung halamanya di Perlis, untuk beraya bersama saudara mara.


- ABIM Melaka Bandar




Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar