Khamis, 19 Januari 2012

Doa & Tawakal Untuk Menangi Hati Mereka


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi Biro Pembangunan Sosial (SEPSO) telah menganjurkan Bengkel Diskusi Kecelaruan Gender. Program ini membariskan para panelis seperti Saudara Rafie (Majlis Aids Malaysia) dan Ustaz Hanafi Malek serta dipengerusikan oleh Dr Haslinda Abdullah. Mengambil perspektif penganjuran program yang jauh berbeza dari jangkaan kira-kira 40 orang peserta yang hadir, para panelis telah mengajak mereka (para peserta) untuk memahami isu terbabit dari kaca mata yang berbeza.

Sebagai contoh, Saudara Rafie berkongsi pengalaman beliau selaku antara individu yang pernah terjebak dalam dilema kecelaruan gender suatu ketika dahulu. "Segalanya bermula daripada keinginan kami untuk memenuhi naluri menjadi seperti gender lain." jelas beliau. Yang menarik perhatian para hadirin ketika mereka didedahkan betapa golongan ini turut mempamerkan nilai-nilai positif yang tersendiri.

"Kebanyakkan mereka merupakan anak yang baik serta bertanggungjawab ke atas kedua orang tua mereka," jelas Puan Fadhlina Siddiq, yang mempunyai banyak pengalaman berurusan dengan golongan ini. Manakala itu, Ustaz Hanafi Malek seorang aktivis masyarakat yang juga sering tampil di kaca TV turut mengutarakan satu pandangan penting berkenaan dengan golongan tersebut, "Rata-rata mereka mempunyai keinginan yang luar biasa untuk berubah (menjadi baik). Yang penting kita perlu berdoa serta tawakal setelah merangka strategi dan pendekatan untuk memenangi hati mereka."



Angkatan Belia 

Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar