Lorong
Pandan,28 & 29 Jan (Sabtu&Ahad) – Satu program yang dinamakan
Kursus Pasca Perkahwinan Smart Start ‘’Baitus Saadah’’ telah diadakan
bertempat di Dewan Ibnu Sina, Kompleks Darul Huda, Majlis Agama Islam
Melaka (MAIM).
Kursus dua hari tersebut merupakan program anjuran bersama ABIM Negeri Melaka,Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang turut mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
Permasalahan berkaitan keruntuhan institusi rumah tangga merupakan isu amat merungsingkan semua pihak. Peningkatan kadar perceraian yang berlaku pada hari ini, sekiranya perkara ini gagal ditangani ia akan menimbulkan isu – isu lain yang lebih rumit. Sehubungan dengan itu, golongan suami dan isteri atau mereka yang bakal mendirikan rumah tangga perlulah kembali kepada jalan agama dengan sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman Islam yang sebenar dari masa ke semasa.
Justeru, kursus yang berkonsepkan perkongsian ini merupakan antara platform terbaik bagi individu untuk menangani konflik mahupun cabaran yang mendatang.
Hadir merasmikan program ini iaitu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama, YB. En. Mohd Yazed Khamis. Dalam ucapan beliau pada majlis tersebut, ‘’program seumpama ini diharapkan akan berterusan dari masa ke semasa dengan tujuan memberi manfaat kepada golongan peserta yang terlibat.
Katanya lagi, ini merupakan usaha kerajaan negeri melalui kursus seumpama ini dengan matlamat untuk memupuk dan meningkatkan kerukunan rumah tangga dan keluarga seterusnya membentuk muafakat yang akrab dan bersatu – padu. Seterusnya, program ini diharap akan mampu menyemarakkan pengupayaan individu khususnya pasangan suami dan isteri bersama – sama menangani gejala sosial dan cabaran globalisasi masa kini.
Program ini telah dijalankan dengan jayanya dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya pembentangan kertas kerja bertajuk Panduan Memperoleh Keluarga Sakinah oleh YBhg. Us. Ali Omar; Pengerusi Takmir Negeri Melaka. Manakala tajuk ‘’Fahami Syariat Islam’’ telah disampaikan oleh Y.Bhg. Us. Zakariah Lemat; Mantan Imam Besar Masjid Negeri. Disamping itu, turut diadakan Bengkel Smart Stat yang diuruskan oleh fasilitator LPPKN dan pegawai – pegawai daripada Jabatan Agama Islam Melaka dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Seramai 48 peserta hadir pada program tersebut yang diakhiri dengan penyerahan sijil dan hadiah kuiz kepada para peserta yang telah disampaikan sendiri oleh YB. En. Mohd Yazed Khamis. Turut hadir sama wakil Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara; Pn. Asmah Ahmad Azraie, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia; En. Fadhal Adly Jaafar dan YBhg. Datuk Noradibah Abdullah dari Jabatan Agama Islam Melaka .