Oleh: Ustaz Razali Nawawi (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia, 1972-1974)
Keadilan dalam Islam bukan hanya merupakan suatu asas penting bagi suatu masyarakat Islam yang tulin, sebagai yang telah berlaku dalam masyarakat Islam pertama di Madinah atau yang sepatutnya berlaku dalam mana-mana masyarakat Islam di semua zaman, bukan juga hanya salah satu daripada lima rukun Islam yang terdapat pada peruntukan zakat, tidak juga hanya terdapat dalam peruntukan di mana-mana dalam hukum-hukum Islam.
Tetapi keadilan dalam Islam mencakupi ruang lingkup yang lebih luas dari itu. Malah ia adalah merupakan asas bagi seluruh ajaran Islam itu sendiri. Ia adalah asas bagi aqidah dan Iman. “Sesiapa yang mengkufuru (Allah) ia sesungguhnya telah menzalimi dirinya sendiri”. – al-Qur’an. “Tahukanh kamu (orang) yang mendustakan ugama? Itulah orang yang mengherdikkan anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin……”-al-Qur’an. “Tidak (sempurna) beriman seseorang ia makan di waktu malam sedang jirannya sedang berpulas kelaparan”.
Dalam ayat dan hadith ini mengandungi pengertian bahawa keadilan sosial itu dihubung rapat dengan Iman dan aqidah itu sendiri. Pertalian keadilan sosial dengan aqidah dijalin dengan keimanan kepada hari akhirat – hari anugerah dan keseksaan – menurutkan akan peri pentingnya keadilan itu dihayati dalam masyarakat. Aqidah Islamiyah (atau ideologi Islam) itu akan Nampak tecerna apabila cirri keadilan yang dicetus oleh aqidah terlaksana dalam alam realiti manusia. Anugerah akhirat bukan hanya akan dikurniakan di hari kemudian tetapi akan diberi ganjarannya di dunia ini.
Apabila Islam memperingatkan manusia dengan ganjaran, ia bertujuan untuk membentuk hati manusia supaya bersifat wasat (pertengahan) atau adil. Sebab manusia itu sendiri yang menjadi faktor utama kepada penghayatan ciri keadilan. Kekayaan Allah melimpah ruah, tetapi yang miskin ialah perasaan hati manusia, Allah dan makhluk-makhluk lain sentiasa adil, tetapi manusia yang zalim.
ASAS-ASAS KEADILAN SOSIAL DALAM ISLAM
Islam berdiri di atas prinsip-prinsip yang kukuh, di mana dari prinsip-prinsip itu tercetus beberapa pengajaran dan kejurusan tertentu untuk umat Islam mencapai matlamat kehidupan yang tertinggi dan mulia sesuai dengan sifat manusiawinya. Islam bukanlah membicarakan persoalan pada teori semata-mata yang pada anggapan setengah orang sebagai idealism yang tidak boleh dicapai oleh manusia biasa. Dengan lain perkataan bahawa Islam bukanlah berlegar di sekitar perkataan-perkataan yang selalu disifatkan sebagai teori yang berbentuk baying-bayang sahaja. Tetapi Islam mengemukakan ajaran-ajaran yang praktis.
ASAS-ASAS KEADILAN SOSIAL DALAM ISLAM
Islam berdiri di atas prinsip-prinsip yang kukuh, di mana dari prinsip-prinsip itu tercetus beberapa pengajaran dan kejurusan tertentu untuk umat Islam mencapai matlamat kehidupan yang tertinggi dan mulia sesuai dengan sifat manusiawinya. Islam bukanlah membicarakan persoalan pada teori semata-mata yang pada anggapan setengah orang sebagai idealism yang tidak boleh dicapai oleh manusia biasa. Dengan lain perkataan bahawa Islam bukanlah berlegar di sekitar perkataan-perkataan yang selalu disifatkan sebagai teori yang berbentuk baying-bayang sahaja. Tetapi Islam mengemukakan ajaran-ajaran yang praktis.
Islam mengandungi konsep-konsep asas mengenai alam, kehidupan dan manusia. Konsep Islam tentang keadilan sosial adalah berkaitan dengan konsep-konsepnya mengenai alam, kehidupan dan manusia itu. Kemudian ia bergerak di dalam bentuk yang lebih luas di mana tabi’iy pandangan Islam terhadap kehidupan dan manusia menjadikan keadilan sosial tidaklah terhad kepada objek-objek material dan ekonomi semata-mata, tetapi juga meliputi nilai-nilai spiritual.
Hal ini telah ditegaskan dengan jelas agar nilai-nilai material dan spiritual tidak dipisahkan sama sekali. Kerana kemanusiaan itu adalah satu yang sempurna menjalin perhubungan dengan kesatuan alam yang lainnya dan bukan sebagai serpihan-serpihan yang bertentangan dalam kesatuan itu. Islam meletakkan garis-garis peraturan untuk mewujudkan keadilan sosial di dalam lingkungan ‘pemikiran’ Islam yang universal. Dari jalinan-jalinan yang menyeluruh itu akan dapat dilihat bahawa Islam membuat seluruh penekanan pada kesatuan jasad dan roh, dalam diri individu juga pada kesatuan unsur-unsur kebendaan dan maknawi di dalam kehidupan.
Pada masa yang sama juga Islam memandang kepada kesatuan matlamat di antara individu dan masyarakat serta kesatuan kebajikan (maslahat) di antara masyarakat-masyarakat yang berbeda-beda di dalam suatu bangsa atau dalam masyarakat majmuk. Seterusnya kesatuan matalamat di kalangan bangsa-bangsa dan kesatuan hubungan di antara generasi. Di dalam Islam terdapat sekurang-kurangnya tiga asas-asas keadilan sosial :
1. Kebebasan perasaan
2. Persamaan manusia
3. Tanggungjawab sosial
Bersambung