Institusi kekeluargaan amat penting dalam membentuk jati diri anak-anak agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang bersifat negatif". Begitulah ungkapan kata-kata Puan Ruhaini, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Warga Tua dan Keluarga, JKM dalam satu Diskusi Isu Sosial (DIKSI) yang diadakan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 17 Februari 2012 di Pejabat ABIM. DIKSI yang telah melangkah ke Siri 2 ini mengenengahkan isu berkenaan gelandangan, atau dalam bahasa mudahnya merujuk kepada orang yang tidak mempunyai tempat tinggal.
Diskusi ini yang juga menampilkan Datin Suriyana atau lebih mesra dipanggil Kak Suri, seorang sukarelawan cuba untuk membuka minda orang ramai berkenaan punca-punca gelandangan. Hasil kajian dan temuramah bersama gelandangan ini sendiri mendapati, tiada pekerjaan merupakan faktor major masalah ini menjadi semakin sarat walaupun mereka merupakan daripada golongan yang sihat tubuh badan. Ditegaskan juga, masalah keluarga seperti remaja yang dihalau daripada rumah kerana mengandung luar nikah juga antara punca peningkatan jumlah gelandangan di Malaysia. Antara lain, kemiskinan, tua, sebatang kara, penagihan dadah, lari dari rumah dan kemurungan juga menjadi faktor ramai yang memilih untuk tidur di jalanan.

Justeru, Anjung Singgah disediakan bagi menyediakan khidmat bantuan pekerjaan, kemudahan tempat tinggal, dan makanan. Anjung Singgah yang berkonsepkan One Stop Centre ini telah pun memberikan khidmat kepada 413 orang gelandangan sehingga kini. Anjung Singgah yang bukan sahaja menyediakan tempat tinggal dan makanan ini amat membantu golongan gelandangan dalam mencari pekerjaan kerana mana-mana agensi yang memerlukan pekerja akan menghubungi Anjung Singgah dan mengambil pekerja mengikut kelulusan dan kemahiran yang diperlukan.
Mengupas mengenai cara alternatif dalam memberi khidmat psikologi kepada golongan ini, kerajaan memang ada menyediakan bantuan/khidmat nasihat psikologi di pejabat-pejabat agama dan agensi-agensi lain, tetapi cara ini dilihat kurang efektif kerana gelandangan seperti ini tidak suka akan suasana yang formal. Menurut kak Suri yang sering turun mengadakan kerja-kerja sukarelawan di Masjid Jamek, golongan ini selalunya akan bercerita hanya apabila mereka berasa selesa dengan persekitaran dan suasana tersebut.
Namun demikian, masih ada gelandangan yang memang tidak mahu mempunyai tempat tinggal kerana sebab-sebab tertentu. Di Johor contohnya, rata-rata gelandangan bekerja di Singapura dan kos sewa rumah adalah cukup mahal bagi mereka. Berlainan pula di Pulau Pinang yang kebanyakan gelandangan adalah dalam kalangan kaum Cina dan lebih selesa tidur di beca. Bagi mereka, mempunyai rumah bukanlah satu keperluan yang mendesak.
Di akhir diskusi, Puan Ruhaini memohon agar mana-mana pihak yang mempunyai data atau maklumat berkenaan gelandangan, mohon dimaklumkan pada pihak yang berkaitan supaya golongan ini tidak terus bercambah seperti cendawan selepas hujan. En. Raimi, Setiausaha Agung ABIM juga ada menyatakan NGO Islam kurang kehadapan dalam isu ini berbanding golongan Kristian. Justeru, ABIM mengambil langkah untuk ke hadapan dan diskusi ini merupakan salah satu cara untuk membuka minda masyarakat terutamanya umah Islam.