Sabtu, 12 Mei 2012

Al Munthalaq:Ahli Ibadat yang Bermain-main



"Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram, jika kamu melihat kaminescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,sedang tengkuk kami berlumuran dengan darahdia memenatkan kudanya di dalam sia-siasedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangankamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kamiadalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangantelah datang kepada kami sabda Nabi kitakata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta:“Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yangmenyalakitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa“orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta !"


Ungkapan Abdullah bin al-Mubarak ini diucapkan kepada ahli ibadah yangberada tanah haram Makah al Mukarramah. Al-Fudhail digelar sebagai ahliibadah di dua tanah haram (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal denganbanyak menangis. Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnyadengan menyebut tentang air mata. Seperti sesetengah orang yang bersembahyang, al-Fudhail memakai haruman mawar dan lain-lain haruman untuk mencontohi sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, Abdullah bin Al-Mubarak menyindirnya dengan mengatakan ianya satu haruman yang mudah


padahal Rasulullah S.A.W. dan pewaris baginda dari kalangan ulama’mujahidin berlumuran dengan darah dan debu medan peperangan di sampingharuman mawar dan kasturi.Apalah yang patut kita katakan kepada orang yang pada hari inimeninggalkan jihad dan dakwah, tidak amar makruf dan nahi mungkar, bukan kerana banyak beribadat, tetapi untuk berehat, bermewah, mengumpulka nharta dan memuaskan hati suami atau isterinya?


Apakah tidak patut kita katakan kepada ahli ibadat hari ini apa yang telah dikatakan Abdullah bin Al-Mubarak:“Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat,barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”Jika ahli ibadat merasa bengkok belakangnya kerana terlalu banyak melakukan solat, kering tekak kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula bengkok belakang mereka kerana setelah solat fardhu dan sunat, mereka terpaksa ke sana ke mari pula membincangkan dan merencanakan pelbagai urusan dan maslahah umat Islam. Tekak mereka pula kering kerana banyak bekerja dan bergerak. Mereka mengorbankan darah mereka hinggakan jasad-jasad mereka terkulai di tali gantung".-Al Munthalaq:Muhammad Ar Rasyid-


(saya tidak ambil secara total untuk dijadikan panduan dalam sesebuah buku,setiap buku ada pengajaran dan panduan yg kita boleh ambil mengikut kemampuan kita,namun saya sangat mengambil manfaat  dan juga positif dari kisah diatas,mudah-mudahan kita menjadi muslim yg dapat menguasai diri)


oleh Mohd Redzuan Shakri-Setiausaha PEPIM ·
Abdullah bin Al-Mubarak Mewarisi Ibnu Mas’ud