Khamis, 22 Mac 2012

ABIM Sabah Didamba Masyarakat Sabah



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah telah menganjurkan Forum Pengkisahan Sejarah ABIM Sabah. Forum pengkisahan tersebut menampilkan 4 orang tokoh penggerak Abim di peringkat awal penubuhannya iaitu; Mantan Timbalan Presiden ABIM Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin yang juga merupakan pencetus awal penubuhan ABIM Negeri Sabah, Tn.Hj.Mokhtar b. Ramli (Penggerak awal ABIm di Sabah), Dr. Amin Senin (Mantan YDP Abim Sabah yang menggerakan ABIM bersama generasi awal), Sdr. Muddin Beting (YDP Abim Sabah 2004-2008)

Banyak sejarah didokumenkan dalam pengkisahan malam ini, ternyata sumbang bakti penggerak ABIM di peringkat awal sangat effektif dan memberi kesan mendalam pada akar umbi perkembangan Islam di Sabah pada hari ini. Program hari itu kemudian disusuli dengan Kuliah Tafsir Maudhuiy pimpinan Dato' Dr Siddiq Fadzil yang telah berjaya menarik perhatian ramai pencinta ilmu dari pelbagai latarbelakang, dari pelbagai agensi kerajaan, malah peserta dari kalangan murid-murid sekolah, kolej-kolej dan universiti juga membanjiri ruang dewan program. Mewakili Sekretariat ABIM Pusat, Saudara Timbalan Presiden, Ustaz Naim Mohd Noor.



Apa yang amat mengharukan menurut Ust Naim Mohd Noor, penganjuran program ini (terutama sekali Kuliah Tafsir Maudhuiy) menunjukkan betapa kehadiran ABIM ke tengah-tengah kancah masyarakat amat dinanti. Ini jelas dilihat dengan kehadiran agensi-agensi bersama kenderaan rasmi mereka, Van berlambangkan TLDM membawa anggotanya, bas-bas Universiti, Kolej, Sekolah, pusat-pusat latihan masing-masing dengan ahlinya. Program pula ditaja penuh oleh JHEAINS, DBP, JAKIM dan mendapat sambutan begitu menggalakkan.

- Posted using BlogPress from my iPad



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka Bandar