
Hampir 10,000 orang telah menyertai perarakan Global March For Syria anjuran ABIM-IKRAM-HALUAN sebentar tadi (16 Mac 2012). Kesemua peserta berarak daripada hadapan bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur setelah solat Jumaat secara aman dan tenteram serta mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak polis.
Saudara Naib Presiden Antarabangsa ABIM, Jufitri Joha serta Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim beserta delegasi ABIM-IKRAM-HALUAN telah menyampaikan memorandum yang menggesa kerajaan Syria bertindak menerusi lunas politik yang demokratik serta aman untuk menghentikan krisis yang sudah berlarutan semenjak tahun lalu.

- Posted using BlogPress from my iPad
