Naib Presiden Antarabangsa ABIM, Jufitri Joha serta Setiausaha Agung, Mohamad Raimi Ab Rahim, serta beberapa ahli jawatankuasa pusat ABIM mengadakan dialog dengan wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia pada Jumaat 2 Mac yang lalu. Sepanjang pertemuan tersebut, Saudara Jufitri serta Mohamad Raimi berpeluang menyuarakan pandangan mereka berhubung dengan beberapa isu antarabangsa termasuklah mendesak agar rakyat Syria diberikan ruang untuk menyelesaikan kemelut politik mereka tanpa campurtangan dari negara luar di samping mendesak tekanan antarabangsa untuk membela hak minoriti Muslim di seluruh dunia.
- Posted using BlogPress from my iPad