Khamis, 17 Mei 2012

ABIM Akan Anjur Seminar Media Arus Perdana dan Etika Kewartawanan, 19 Mei 2012



Sukacita dimaklumkan bahawa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kumpulan Prihatin, Yayasan Penataran Ilmu, Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan Persatuan Kebangsaaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan seminar bersama dalam membincangkan masa depan etika kewartawanan di Malaysia, pada 19 Mei 2012 (bersamaan 27 Jamadilakhir 1433H), hari Sabtu, bertempat di Dewan Besar, Kompleks Dar Al-Hikmah, Kg. Sg Ramal Dalam, Kajang mulai 8:00 pagi hingga 1:30 petang.
Seminar ini akan membariskan barisan ahli panelis seperti Prof. Emeritus Datuk Dr. Abu Bakar Abdul Hamid (Kumpulan Prihatin), Dato’ Dr. Siddiq Fadzil (WADAH), En. Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah). En. Romen Bose (Presiden Kelab Koresponden Asing Malaysia, Ketua Editor portal berita Malaysia Kini, Fathi Aris Omar, serta Penasihat Eksekutif Editorial akhbar Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali. Untuk sebarang rujukan serta makluman lanjut berhubung dengan penganjuran serta kehadiran ke seminar ini boleh dibuat dengan menghubungi 019-3339700 (U.P: Puan Hilwah) dan 019-3826700 (U.P: Firdaus).
Mengambil kesempatan ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyeru seluruh warga Malaysia yang prihatin agar dapat meluangkan masa serta ruang mereka untuk sama-sama menghadiri seminar ini dan memahami peranan yang dimainkan media arus perdana serta kaitannya dengan etika kewartawanan, yang secara langsung akan mempengaruhi persekitaran politik semasa.