ABIM Melaka Bandar mengadakan pertemuan ringkas bersama Penghuni Rumah Kebajikan Fatimah Az-Zahra dan Kompleks Kebajikan Tun Abdul Aziz dengan mengadakan perkongsian ilmu secara bersantai berkaitan Motivasi Qmath dan Pengurusan Kewangan bersama Penghuni rumah kebajikan berkaitan. Program bersama penghuni Rumah Kebajikan Fatimah az-Zahra melibatkan seramai 63 orang pelajar yang telah diadakan pada 18 Mei yang lalu manakala penghuni kompleks Kebajikan Tun Abdul Aziz melibatkan seramai 56 orang. Pengisian program ini telah dikelolakan oleh Yang Dipertua ABIM Melaka Bandar,Saudara Suhaimi bin Mohammed Saaid beserta saudara Hafiz bin Abu Hassan yang berkhidmat sebagai pegawai ASNB. Pihak Pengurusan Kompleks melahirkan rasa gembira di atas program yang telah diadakan dan pihak mereka amat mengalu-alukan kehadiran pihak penganjur. ABIM Melaka Bandar akan sentiasa memberikan khidmat dan akan sentaiasa bersama masyarakat khususnya melibatkan semua lapisan belia