Menurut laporan yang dikemukakan oleh Perbadanan Penyiaran British
(BBC), semakin ramai umat Islam di Britain merujuk kepada system
penghakiman syariah untuk menyelesaikan kes-kes terutama sekali yang
menyentuh permasalahan rumah tangga. BBC juga memetik sumber badan
penyelidik Civitas yang menjangkakan sebanyak 85 Majlis Syariah (Shariah
Council) di Britain pada masa hadapan.
Meskipun mendapat penentangan di kalangan NGO-NGO hak asasi manusia
serta wanita di negara tersebut, namun perkembangan (tuntutan kes
diselesaikan menerusi prosedur Syariah) telah mendorong firma-firma
guaman di negara tersebut untuk mempertimbang memasukkan perundangan
syariah sebagai salah satu cabang perkhidmatan mereka.
Sumber rujukan: Perbadanan Penyiaran British (BBC)