Sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini akan diadakan Forum Perdana Hal Ehwal Belia yang akan diadakan pada 18hb Mei 2012 bertempat di Pentas Utama,Pantai Puteri,Tanjung Keling Melaka. Program ini yang diselaraskan oleh YDP ABIM Melaka Bandar dengan memaparkan 2 orang ahli panel yang berpengalaman mengupas tajuk yang dianggap sinonim dengan anak muda pada hari ini. Prof Dr Shahrin yang merupakan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan komunikasi UtEM bersama Peguam Syari'e,Saudari Fadhlina bin Dato Dr Siddiq yang juga merupakan Naib Presiden (HELWA) ABIM Kebangsaan akan berkongsi pandangan dari aspek kepakaran masing-masing.
Program ini juga akan dijangka dihadiri 500-1000 belia seluruh negeri Melaka dan pihak urusetia berharap agar ibu-bapa juga dijemput hadir bagi mengetahui isu sebenar yang dikaitkan dengan permasalahan remaja pada hari ini.
Isnin, 14 Mei 2012
Forum :Cinta Facebook: Antara Realiti dan fantasi?
8:30 PG
Unknown