Jumaat, 4 Mei 2012

BANTAH TERHADAP GAMBAR LUCAH DISIARKAN UTUSAN

ABIM Melaka Bandar SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad.

ABIM Melaka Bandar menyelar tindakan melampau UTUSAN menyiarkan gambar-gambar lucah yang boleh memberikan kesan buruk kepada minda belia dan remaja termasuk kanak-kanak di bawah umur. ABIM Melaka bandar berharap pihak yang mempunyai kuasa agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap akhbar UTUSAN dan mana-mana akhbar yang telah melampaui batas dengan meletakkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya.
Suhaimi bin Mohammed Saaid
YDP ABIM Melaka Bandar