Isnin, 28 Mei 2012

IMAM MUDA (IM) BANTAH KONSERT DI HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2012

ULASAN: ABIM Melaka Bandar, amat bersetuju dengan pandangan dan bantahan tegas oleh Imam Muda Fattah dan Imam Muda Fakhrul terhadap konsert di Himpunan Sejuta Belia yang jelas bertentangan syara', yang di anjurkan baru-baru ini.



Sumber: Facebook

Tambah mendukacitakan apabila ada akhbar yang mengeluarkan kenyataan bahawa budaya 'hedonisme' yang negatif berkenaan sebagai 'mesej pengisian rohani'. Ianya boleh mengelirukan belia-belia Muslim, sedangkan 'pengisian rohani' yang sebenar adalah perkara-perkara yang mendidik hati dan jiwa agar dekat selalu kepada Allah S.w.t dan Nabi S.a.w., serta membentuk sahsiah belia demi melahirkan pemimpin harapan masyarakat yang dirahmati juga diberkati Allah S.w.t.

Sumber: Facebook

Perkara yang baik daripada mana-mana pihak kami sahut, bahkan kami sentiasa siap sedia membantu menjayakannya. Namun perkara yang buruk kami bantah dengan tegas!

Justeru kami di ABIM Melaka Bandar amat berharap, pihak-pihak yang menganjurkan 'Himpunan Sejuta Belia' dan apa saja program belia, meneiti semula pengisian segala program-program belia di masa hadapan dengan pengisian-pengisian yang tidak meruntuhkan moral belia dan sebagainya. Kerana, janganlah mengundang murka Allah Azza Wajjala. Ingatlah, belia adalah pemimpin masa hadapan, jika mereka dibentuk dengan baik, maka mereka akan menjadi pemimpin yang baik, apabila pemimpinnya baik, maka baiklah rakyatnya. InshaAllah.

Akhir kata, kami mengucapkan syabas kepada ikon belia Muslim, iaitu Imam Muda di atas ketegasan kalian menyatakan kebenaran dan menentang kebatilan! 

- ABIM Melaka Bandar