Sabtu, 26 Mei 2012

Peguam ABIM Temui Mufti Turki, Dr. Rahmi Yaran



24 Mei 2012:- Segala puji bagi Allah atas Rahmat-Nya kami masih lagi diberi kemudahan dan dipermudahkan di Kota Konstantinopel ini. Suatu penghormatan yang tidak terhingga apabila kami daripada Grup Peguam ABIM apabila dapat bersama-sama dengan Mufti Istanbul, Dr.Rahmi Yaran di Masjid Biru. Perasaan bertuah dan seribu kesyukuran juga muncul kerana menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia menjadi negara Islam yg sangat dikenali, dan ABIM juga menjadi gerakan Islam yang paling dikenali di Turki. Grup Peguam ABIM diwakili  Saudara Khairul Anwar Ismail (Exco Biro Undang-undang ABIM) sedang rangka menemui jaringan peguam Muslim antarabangsa di samping mengikuti Simposium tahunan Said Nursi yang akan diadakan di Turki.