18-20 Mei 2012:- Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan program latihan sukarelawan
muda ABIM di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Sepanjang program latihan,
para sukarelawan muda ABIM didedahkan dengan pengalaman sebenar bergaul
dengan pelbagai jenis golongan masyarakat seperti mana yang diakui
sendiri oleh salah seorang sukarelawan muda ABIM:
"sudah tercatat satu lagi dalam
diari hidup saya..pengalaman dakwah yang REAL! bertemu secara langsung
gelandangan di sekitar kuala Lumpur dimana latar hidup mereka pernah
menjadi pekerja seks,penagih dadah dan bekas banduan,begitu indah
rasanya penerimaan mereka setelah kami hadir sebagai "keluarga" mereka
dikala masyarakat memandang mereka dengan pandangan yang
jijik..insyaAllah saya akan mempertingkatkan skill saya untuk menjadi
aktivis yang bukan sahaja tahu berusrah dan bertamrin tetapi sanggup
berkorban untuk lapangan "jalanan" bersama golongan yang bekeperluan.."
Terdahulu, sebelum turun ke
lapangan para sukarelawan muda ABIM terdahulu mengikuti sessi induksi
khas yang dikendalikan oleh Encik Kamaruddin Kassim dari Pertubuhan
Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS), Puan Maria Kamel (Ketua Biro
Pembangunan Sosial ABIM), serta Saudara Fauwwaz Hasbullah (jurulatih
aktivis sosial ABIM). Para peserta kemudian bergerak ke kawasan sekitar
bandaraya Kuala Lumpur untuk aktiviti dakwah secara praktikal yang mana
ia turut disertai oleh Presiden ABIM, Amidi Abd Manan.
Sebelum itu beliau turut
berkongsi amanat serta harapan beliau bersama dengan para peserta dengan
mengaitkan konsep sukarelawan dalam konteks tanggungjawab seorang
manusia selaku khalifah di muka bumi. Sepanjang program latihan ini,
para peserta berpeluang mendekati golongan-golongan "terpinggir" di
samping menyelami emosi serta latar belakang kehidupan mereka.