Oleh: Jufitri Joha, Naib Presiden Antarabangsa ABIM
Sebagai pertubuhan yang sentiasa
kehadapan dalam membela hak asasi manusia di peringkat global, ABIM dan
masyarakat antarabangsa secara amnya memilih untuk tidak berdiam diri
serta berpeluk tubuh, membiarkan orang awam terutamanya kanak-kanak dan
wanita yang tidak berdosa terus menerus menjadi mangsa kekejaman serta
dinafikan hak untuk menuntut kebebasan, keadilan, keamanan dan kemuliaan
sebagai seorang manusia!
Siri-siri penganjuran perhimpunan Save Syria adalah manifestasi bantahan jelas kepada Kerajaan Syria dan masyarakat dunia agar kekejaman ini dihentikan dengan segera, dan semua pihak yang terlibat harus menyelesaikan krisis menerusi saluran diplomatik di meja rundingan. Di samping itu, kami juga menuntut kerajaan Syria untuk menyantuni tuntutan-tuntutan perubahan serta pembaharuan politik yang dikemukakan oleh rakyat Syria, selaras dengan aspirasi serantau (Timur Tengah atau Dunia Arab) serta sejagat secara keseluruhannya.
Merujuk kepada kekhuatiran berhubung dengan agenda kuasa asing ataupun “Jenayah Hasutan” yang dikatakan mengatur pendekatan adu domba untuk campur tangan di Syria, sukacita dimaklumkan ABIM dan rakan-rakan NGO yang lain sedia maklum dengan situasi tersebut serta melakukan analisis (berdasarkan kepada pelbagai sumber maklumat serta saluran media dan rakyat Syria sendiri) serta melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Kami tidaklah “senaif” sepertimana yang ditanggapi oleh sesetengah dalam menilai situasi di Syria pada ketika ini.
Bahkan gerakan Save Syria ini turut mendapat dukungan dari pelbagai pihak termasuk Tun Dr Mahathir sendiri yang menganjurkan desakan dikemukakan dengan lebih agresif agar perubahan dilakukan segera di Syria untuk menutup ruang sebarang campur tangan pihak asing.
Dalam erti kata lain, kami berpendirian agar biarlah perubahan yang dituntut oleh rakyat Syria berlaku secara tulen serta diselesaikan menerusi saluran politik domestik (oleh rakyat Syria sendiri), bukan menerusi campur tangan pihak luar yang takkan menjamin perkembangan demokrasi yang positif sepertimana di Libya dan Iraq. Justeru mengambil kesempatan, ABIM mengecam sama sekali usaha di kalangan negara-negara luar yang tidak berkenaan yang cuba mempolemikkan (mendesak campurtangan luar) tanpa memberi ruang kepada kerajaan serta rakyat Syria mencari penyelesaian yang bersifat win-win situation.
Sekretariat Antarabangsa ABIM menerusi Kempen Save Syria yang dilancarkan semenjak Januari lalu, telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk membantu rakyat Syria di samping membangkitkan kesedaran di kalangan pelbagai pihak seperti mengadakan ceramah kesedaran, rayuan derma bantuan kemanusiaan, flash mob dan pengedaran poster kempen kesedaran.
Kempen ini (Save Syria atau kempen seumpamanya) telah disambut oleh masyarakat antarabangsa (terutama sekali) Umat Islam di seluruh dunia yang dambakan keadilan, kebebasan, serta keamanan. Sebarang usaha menafikan gerakan ini hanyalah polemik melawan arus yang bersifat anti-klimaks serta bukan merupakan manifestasi terhadap kecintaan terhadap esensi keadilan,kebebasan, serta keamanan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia!
Jufitri Joha
Naib Presiden Antarabangsa ABIM