Ahad, 10 Jun 2012

YDP ABIM Melaka Bandar dilantik sebagai YDP ABIM Negeri Melaka

Muktamar Sanawi ABIM Negeri Melaka kali ke 39 telah melabuhkan tirainya di mana Saudara Suhaimi bin Mohammed Saaid(gambar) yang merupakan YDP ABIM Melaka Bandar bagi sesi 2011/2012 telah dilantik sebagai Yang Dipertua ABIM Negeri Melaka yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Negeri Melaka yang telah bersidang pada 23 Mei yang lalu. Pemilihan Saudara Suhaimi dilakukan bagi mengantikan Saudara Fadhal Adly bin Haji Jaafar yang akan melanjutkan pelajaran di UNIMAP, Perlis.

Selain itu,beberapa pimpinan ABIM Melaka Bandar turut dipilih menerajui kepimpinan ABIM Negeri Melaka iaitu Saudara Azmi bin Ariffin yang diplih sebagai setiausaha dan Saudara Khairul Adli bin Abdullah yang turut dipilih menjadi Ketua Penerangan ABIM Negeri Melaka. Senarai lengkap Qiadah ABIM Negeri Melaka bagi sesi 2012/2013 adalah seperti berikut :

Yang Dipertua : Suhaimi Mohammed Saaid
Timbalan Yang Dipertua : Amran bin Yusop
Ketua Setiausaha : Mohd Azmi Ariffin
Setiausaha Kewangan : Mohd Khairul Anwar bin Haji Salleh
Penolong Setiausaha : Syukri bin Sulaiman
Ketua Helwa : Ustazah Faizah bt Datuk Othman

Jawatankuasa Kerja :
Biro Pembangunan Sosial-Mohd Fuad bin Abdul Karim
Biro Dakwah : Mohd Hafiz bin Abu Hassan
Biro Kaderisasi : Mohd Ridzuan bin Syakri
Biro Ekonomi : Nuri Asnawi bin Zainal Abidin
Biro Teknologi Maklumat : Khairul Adli bin Abdulilah

Pemeriksa Kira-kira 1 : Mohd Mahyudin bin Nor Azmi
Pemeriksa Kira-kira 2 : Amar Syafiq bin Rahindra