Oleh: Amidi Abd Manan
Membina sebuah keluarga yang bahagia adalah impian bagi setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Apatah lagi jika pasangan muda yang sudah lama memadu kasih bermula dari alam belajar lagi. Selepas menamatkan pengajian pada peringkat tinggi, bermulalah langkah ke alam pekerjaan bagi membina kerjaya yang gemilang berbekalkan ijazah diperjuangkan dan segala peluang yang diteliti.
Ada yang berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor awam, swasta dan tidak kurang juga bekerja sendiri. Masing-masing bergegas agar impian menempa mahligai kebahagiaan bersama pasangan yang dikasihi dapat dikecapi secepat mungkin. Selepas mendirikan rumah tangga, bermulalah alam yang dipenuhi dengan perkongsian.

Kelahiran cahaya mata adalah satu nikmat amat dihargai suami isteri. Gelaran ayah dan ibu memberikan satu rasa kecukupan sebagai warga masyarakat di negara kita. Ini dapat kita lihat pasangan ibu dan ayah muda yang berjalan sambil mendukung anak, bergembira menghabiskan masa bersama.
Ada pasangan muda yang tidak mampu membawa anak untuk bersiar-siar ketika waktu petang menjelang. Ada ayah dan ibu muda yang hanya berkesempatan bertemu dengan anak ketika malam menjelma. Inilah realiti kehidupan keluarga muda hari ini. Realiti ini amat terserlah di bandar besar.

Kesibukan bekerja bukanlah dibuat-buat. Ia satu tuntutan. Maklumlah mahukan gaji besar, maka kesibukannya juga besar kerana tanggungjawabnya juga besar. Kenapa memerlukan gaji yang besar? Gaji besar diperuntukkan untuk anak. Anak memerlukan biaya yang besar pada hari ini, maka ibu dan bapanyalah perlu menyediakannya.
Biaya yang besar ini meliputi kos pusat jagaan, peralatan anak seperti lampin, pakaian dan susu. Kos pusat jagaan kanak-kanak secara purata antara RM250 hingga RM350 bagi setiap orang anak. Cuba bayangkan bagi mereka yang mempunyai tiga anak sudah tentu kos jagaannya mencecah seribu ringgit sebulan.
Mungkin ada menyalahkan pengusaha pusat jagaan atas yuran yang tinggi. Ada yang menuduh mereka mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Sebenarnya pengusaha taska tidak mempunyai pilihan kerana nisbah bagi seorang pengasuh dengan anak asuhan sudah ditetapkan undang-undang. Inilah antara sebab pengusaha taska terpaksa meletakkan harga yang tinggi.

Tambahan pula kira-kira lima bulan lagi peraturan gaji minimum RM900 bagi seorang pekerja akan dikuatkuasakan. Perkara ini sudah tentu menyebabkan kenaikan yuran asuhan.
Satu perkara yang dibimbangi ialah pertumbuhan pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berlesen. Sudah tentu bagi ibu bapa muda tidak mampu, mereka akan mencari jalan penyelesaian mudah dengan meletakkan anak di rumah jiran dengan bayaran jauh lebih murah bersama risiko yang tinggi. Sudah tentu aspek keselamatan dan kesihatan tidak dapat menyaingi seperti disediakan pusat jagaan berlesen.
Bagaimana pula dengan pengasuh dari negara jiran? Ia satu opsyen yang boleh dipertimbangkan. Persoalannya, adakah pembantu rumah dari negara jiran ini dilatih untuk mengasuh kanak-kanak? Adakah mereka boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika sesuatu yang buruk berlaku kepada anak kita? Adakah kita perlu untuk membayar elaun tambahan selain RM700 seperti yang terkandung dalam persetujuan jika mereka dikehendaki mengasuh anak kita?
Inilah realiti yang perlu dihadapi pasangan ibu bapa baru. Memang ada kebenarannya jika mereka mengatakan gaji atau pendapatan yang besar adalah untuk anak bukan untuk diri mereka. Bukan sengaja meninggalkan anak sehingga malam menjelma tetapi ia adalah demi mereka. Ini adalah cabaran awal bagi sebuah rumahtangga. Ia mungkin baru 10 peratus daripada gambaran sepenuhnya. Kita belum lagi bercerita mengenai harga rumah, makanan, kereta dan lain-lain kelengkapan.
Sesuatu harus dilakukan kepada keluarga muda agar mereka dapat dibela. Pembelaan mereka bererti pembelaan terhadap masa depan negara. Kita tidak mahu masalah ini berterusan. Sesuatu boleh dilakukan sama ada berbentuk pindaan undang-undang, penyediaan kemudahan, peruntukan mahu pun pelepasan cukai. Penulis percaya kita semua mahukan sebuah masyarakat yang sejahtera. Kesejahteraan masyarakat bergantung kepada kebahagiaan keluarga. Sudah tentu perkara ini boleh difikirkan oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan keluarga.
* Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia