Sabtu, 14 Julai 2012

Presiden ABIM Ziarah Ustaz Zahidin (Pencipta Lagu Teman Sejati)


7 Julai 2012:- Presiden ABIM, Amidi Abd Manan telah menziarahi Ustaz Zahidin Mahmood di kediaman beliau di Kota Bharu. Ustaz Zahidin Mahmood (Pencipta Lagu Teman Sejati dendangan brothers) amat memerlukan sumbangan ikhlas saudara/saudari sekalian untuk membiayai pembedahan by pass jantung beliau secepat mungkin. Segala sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Bank Islam 03018010144782 [Atas Nama: Abim Negeri Kelantan].

Laporan berita semasa oleh adik Muhammad Nur Zikri Zahidin : BUKTI UKHUWWAH SEJATI MELALUI ISLAM. Abah tidak dapat menahan sebak dan sedih apabila dikunjungi oleh kesmua anak-anak saudara baru orang asli IOA (Islamic Outreached ABIM) PLOA Kok Lanas. Dengan linangan air mata abah berdoa : “Ya Allah seandainya Engkau mentakdirkan aku kembali menemui-Mu, Engkau peliharakanlah anak-anak saudara baru PLOA IOA Kok Lanas ini. Kekalkanlah mereka di dalam Iman dan Islam hingga keakhir hayat mereka. Jadikan syiar Islam menyinar seluruh Warga orang Asli dengan kehadiran mereka. Ampunilah mereka serta tempatkanlah mereka berserta dengan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat. Amin Ya Rab..Amin perkenankanlah doa dari hamba-Mu yang fakir dan hina ini..Amin..” Rumah Kampung Guntong Limbat Kota Baharu. 7hb July 2012. 5.30 pm.