Sabtu, 7 Julai 2012

Pencipta Lagu Teman Sejati (Brothers) Perlukan RM 40,000 Biayai Pembedahan By Pass Segera




Ustaz Zahidin Mahmood (duduk di tengah-tengah) bergambar bersama ahli kumpulan Brothers
5 Julai 2012:- Ustaz Zahidin Mahmood (Pencipta Lagu Teman Sejati dendangan brothers) amat memerlukan sumbangan ikhlas saudara/saudari sekalian untuk membiayai pembedahan by pass jantung beliau secepat mungkin. Segala sumbangan boleh dibuat menerusi akaun Bank Islam 03018010144782 [Atas Nama: Abim Negeri Kelantan]. Di kalangan warga ABIM sekitar Pantai Timur (Kelantan & Terengganu) Ustaz Zahidin (atau lebih mesra dikenali sebagai Abah) amat dihormati serta disayangi kerana sering berkongsi idea serta pengalaman terutama sekali membabitkan usaha untuk mengembangkan dakwah di sekitar pantai Timur.

Pernah menerima didikan daripada tokoh pemikir terkemuka Islam, Allahyarham Ismail Farouqi, 'Abah' berkecimpung sebagai pendakwah bebas dan pakar motivasi untuk pelbagai institusi, sekolah-sekolah serta syarikat sekitar Negeri Kelantan. Selain Teman Sejati, beliau juga turut menulis lirik serta mencipta beberapa lagu seperti Masyitah dan Sahabat. Menerusi laman maya facebook, "Abah" (nama akaun Zahidin Mahmood) sering berkongsi motivasi serta buah fikiran bersama generasi-generasi muda
Pihak ABIM dimaklumkan, Ustaz Zahidin Mahmood memerlukan RM 40,000 untuk membolehkan pembedahan ini dilaksanakan. Mewakili pihak beliau, ABIM kami amat menghargai segala keprihatinan yang dikemukakan untuk menjalani pembedahan ini serta mendoakan semoga Allah menaungi beliau dengan kesihatan serta kekuatan untuk terus berdakwah.