25 Ogos 2012:- Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) merujuk kepada polemik hudud serta perundangan Islam
yang semakin memuncak semenjak kebelakangan ini. Semenjak penubuhannya
pada tahun 1971, ABIM telah secara konsisten menyatakan komitmen serta
sokongannya terhadap perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini.
Komitmen serta sokongan ini beralaskan kepada fakta bahawa Islam telah
diangkat sebagai agama Persekutuan di negara ini, sekaligus menidakkan
dakwaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular (yang memisahkan
Islam dari tatacara politik dan perundangan).
Kenyataan ini secara jelas dimaktubkan dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah Agama Persekutuan yang turut didukung menerusi beberapa peruntukan undang-undang lain. Justeru ABIM mengecam sama sekali usaha pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memomokkan perundangan Hudud serta perundangan Islam sebagai sebuah agenda bersifat ancaman terhadap golongan masyarakat bukan Islam di negara ini.
Sesungguhnya ABIM menilai tanggapan tersebut bersifat politik murahan yang dihalalkan untuk meraih dukungan politik secara meluas di kalangan masyarakat bukan Islam terutama sekali di saat negara dicengkam situasi politik “black box” ataupun keadaan politik tidak menentu menjelang PRU 13 akan datang. Dalam hal ini, ABIM ingin merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikemukakan oleh pimpinan MCA dan DAP yang samasekali tidak mengambil kira sensitiviti serta intipati tersirat yang terkandung dalam perundangan Hudud serta Islam secara keseluruhannya.
Sekiranya keadaan ini berterusan serta tidak dibendung, fenomena Islamophobia yang membayangi keharmonian hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia akan menular ke negara ini. ABIM ingin menegaskan bahawa Islam samasekali tidak menafikan hak serta kebebasan masyarakat bukan Islam. Hakikat serta penegasan tersebut telah digariskan secara jelas dan tegas dalam perundangan Islam (Hudud secara khususnya), menerusi prinsip maqasid as-syar’iyyah.
Lantaran itu, sebarang usaha untuk mempolemikkan perundangan Islam (Hudud) untuk menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan bukan Islam seharusnya dihentikan. Sebaliknya semua pihak harus bersedia memahami perkara ini sebaiknya bagi menagkis segala bentuk salah faham dalam masyarakat.
Oleh itu, ABIM menawarkan ruang penjelasan dalam bentuk perbincangan serta wacana yang bersifat akademik dan ilmiah. ABIM juga bersedia untuk mengadakan siri-siri penjelasan terkemuka dengan masyarakat awam terutama sekali di kalangan masyarakat bukan Islam.
Amidi Abd Manan
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)