Oleh Cikgu Amidi
Sukan Olimpik 2012 London baru sahaja melabuhkan tirainya. Kita akan bertemu semula edisi sukan Olimpik yang seterusnya pada 2016 di Rio de Janeiro. Banyak peristiwa pahit dan manis yang terakam dalam lipatan kenangan sukan tersebut, termasuklah nama Sarah Attar, Wajdan Shaherkani, Noor Hussain al-Malki, Shinoona Salah al-Habsi dan Zam Zam Mohamad Farah yang meniti mulut di kalangan pengamat-pengamat sukan antarabangsa, meskipun mereka tidak memenangi sebarang pingat pada temasya sukan tersebut.
Namun mereka telah mencatat sejarah apabila terdiri dari kelompok peserta wanita yang memakai tudung pada pertandingan acara masing-masing. Kita tidak lupa kepada Ruqayya al-Ghasara dari Bahrain yang merupakan atlit yang terawal memakai tudung dalam acara trek di Olimpik Beijing 2008. Beliau bukan sahaja bertudung tetapi melakukan sujud syukur ketika memenangi acara 200m di Sukan Asia.
Tidak terkecuali peserta negara kita Nur Suryani Mohamad Taibi yang menyertai acara menembak di Sukan Olimpik kali ini yang turut tersenarai sebagai ahli olimpik yang bertudung. Pemakaian tudung bukan hanya acara individu tetapi juga acara berpasukan seperti bola tampar yang melibat beberapa buah negara Islam.
Beberapa persoalan yang menarik timbul dari suasana ini. Pemakaian tudung secara ironisnya berlawanan dengan pakaian atlit dari negara-negara Barat. Atlit Barat dilihat memakai pakaian yang semakin singkat dan semakin ‘sedikit’ berbeza dengan atlit bertudung yang semakin labuh dan semakin ‘banyak’ kain yang diperlukan.
Adakah pemakaian tudung ini akan menjadi fenomena? Jawapannya setakat ini mungkin tidak. Ini kerana pencapaian atlit wanita yang bertudung masih gagal memenangi mana-mana acara. Jika difikirkan secara logik ia seolah-olah membenarkan ‘pandangan’ bahawa tudung membataskan pergerakan. Tudung juga menambah rintangan udara apabila berlari di trek.
Kenapa saya menyebut ‘pandangan’ bukan teori, kerana ia tidak semestinya betul pada setiap keadaan. Bahagian yang ditambah pada sesuatu objek belum tentu memperlahankan pergerakan. Jika kita lihat pada kereta lumba misalnya, wujud bahagian yang ditambah berbanding kereta biasa.
Justeru satu kajian yang berteraskan akidah dan syariah perlu dilaksanakan oleh saintis sukan muslim. Rekabentuk tudung dan bahan buatannya mungkin boleh diperbaiki bagi meningkatkan pencapaian atlit muslimah. Ia penting kerana Islam menjadikan kita gagah dan bukan melemahkan.
Persoalan yang seterusnya adalah setakat mana penerimaan dunia Barat terhadap identiti muslim ini? Adakah sekadar sukan dan perkara-perkara di sekitarnya? Adakah fenomena ‘Islamophobia’ telah berakhir? Atau ia sekadar gula-gula bagi menunjukkan toleransi atas nama tamadun Barat?
Secara jujurnya kesangsian masih lagi wujud apabila sikap dan layanan Barat diperhalusi dan diteliti. Masih terdapat larangan-larangan berhijab di tempat-tempat tertentu dalam negara yang mewakili tamadun Barat. Tapi itu tidaklah begitu menghairankan kerana pihak Barat dilatari oleh tanggapan dan pengalaman yang tersendiri lalu membentuk persepsi mereka hari ini terhadap pemakain hijab.
Namun jika larangan itu wujud di negara majoriti penduduknya Islam adalah sesuatu yang amat dikesali. Sebagai contoh syarikat penerbangan yang tidak peka atau enggan membenarkan anak-anak kapalnya memakai tudung atau mengenakan sekatan yang pelbagai kepada pekerjanya dalam memilih pakaian yang dianjurkan oleh Islam. Sudah tentulah ia bertentangan dengan ‘semangat antarabangsa’ seperti yang diperlihatkan di Sukan Olimpik kali ini.
Sarah Attar mendapat ‘standing ovation’ apabila menghabiskan larian 800 meternya di London. Itulah semangat yang seharusnya kita contohi. Kita seharusnya terus mendokong sikap yang sebegini. Sikap mengiktiraf kepelbagaian pandangan dan pendirian. Inilah teras kepada Wasatiyyah Islamiyyah yang mengkehendaki kita mengiktiraf kepelbagaian rupa bentuk bangsa dan menjadikannya sebagai landasan untuk saling mengenali dan memahami.
Kita perlu sedar bahawa manusia selamanya akan dilahirkan dalam persekitaran bangsa tertentu. Dari awal lagi bangsa atau suku kaum silih berganti dalam sejarah manusia. Berakhirnya sebuah bangsa akan diganti dengan bangsa yang lain. Justeru itu, jika kita terus enggan mengiktiraf kepelbagaian identiti ini kita sebenarnya melawan hukum alam dan songsang fitrah.
Pemaksaan identiti begitu juga pendirian yang meliputi pelbagai aspek baik dari sudut politik, ekonomi, sosial dan budaya, jika dilihat dari posisi ini adalah bertentangan dengan semangat wasatiah atau kesederhanaan. Ia adalah satu tindakan yang boleh dikategorikan sebagai melampaui batasan atau dengan kata lain ekstrim.
Kita perlu terus mempromosi semangat mengiktiraf kepelbagaian sebagaimana yang ditunjukkan di Sukan Olimpik kali ini dengan hasrat menyekat rempuhan gobalisasi yang berteraskan ‘westernisasi’ dan dipacu oleh ‘Amerikanisasi’. Ia sekaligus mengiktiraf umat Islam sebagai warga dunia yang perlu dihormati baik dari sudut budaya, pencapaian dan sumbangan kepada kemanusiaan sejagat.