Khamis, 13 Disember 2012

Naib Presiden HELWA Isi Bengkel Literasi Undang-undang Serantau


5 Disember 2012:- Puan Fadhlina Sidek (Naib Presiden Helwa) telah dijemput untuk menyampaikan pengisian sempena dengan penganjuran Bengkel Literasi Undang-undang anjuran  badan dakwah terkemuka serantau, Regional Islamic Da'wah Council of Southeast Asia and the Pacific (RISEAP), di Kuala Lumpur sebentar tadi. Sepanjang sessi beliau, Puan Fadhlina telah mengetengahkan beberapa perkara penting terutama berhubung hak serta isteri di samping keadilan dalam amalan poligami yang sering mencetuskan pelbagai persoalan terutama sekali di kalangan golongan wanita dan pengamal undang-undang. Pengisian ini merupakan sebahagian daripada usaha literasi undang-undang yang digerakkan oleh beliau menerusi HELWA dan GPA sebagai usaha untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat berhubung dengan hak dan tanggungjawab mereka di sisi undang-undang (termasuk undang-undang syari'e). Beberapa bengkel serupa telah diadakan sebelum ini serta mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat serta institusi-institusi berkaitan.