Rabu, 26 Disember 2012

Tahniah Untuk Calon PMR Sekolah Menengah Islam (SEMI) ABIM Sungai Ramal Dalam


19 Disember 2012:-Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan tahniah buat para pelajar SEMI ABIM Sungai Ramai Dalam, Kajang, atas kejayaan yang diraih dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012. ABIM juga turut ingin mengalungkan penghargaan tidak terhingga buat guru-guru yang telah mencurahkan ilmu dan mendidik anak-anak ini. Semoga kejayaan ini merintis inspirasi untuk mencatatkan masa depan ummah yang lebih gemilang.