Pada 17 hingga 19 Februari 2012 yang lalu, Presiden ABIM, Amidi Abd Manan telah mengadakan lawatan keduanya ke Indonesia untuk melawat beberapa rakan dakwah di Indonesia. Lawatan selama 3 hari 2 malam telah diiringi sama oleh Pengerusi Islamic Outreach ABIM (IOA) . Setibanya di lapangan terbang Jakarta pada jam 1 pagi hari Jumaat malam tersebut, Presiden dan rombongan telah disambut oleh wakil Dewan Dakwah Islamiah Indonesia (Dewan Dakwah)dan terus ke rumah penginapan.
Pertemuan dan perbincangan pertama telah disusun dan diadakan pada pagi 18 Febuari 2012 bersama wakil Ketua Umum Dewan Dakwah iaitu Dr. Pak Mohamad Nor iaitu Ketua Pendidikan Dewan Dakwah. Perbincangan amat menarik dengan mengambil kira semua aspek kerjasama dan sejarah yang sedia terjalin antara kedua-dua badan jemaah termasuk merancang untuk mengadakan program kerjasama di masa hadapan. Antara yang dirancang termasuk kerjasama bersama Islamic Outreach ABIM (IOA) untuk mewujudkan sebuah Lab Informasi peringkat serantau.
Setelah rundingan selesai dengan Dewan Dakwah, Sdra Presiden dan rombongan bergerak terus ke pinggir Jakarta untuk mengadakan pertemuan dan menghadiri sesi majlis menandatangani MOU diantara InfaqSaya-ABIM dengan Al Mahfuz Foundation (AMF) bagi kerjasama fund rising di Malaysia.
Usahasama ini untuk membantu AMF mencari dana dari penyumbang di Malaysia bagi projek pembangunan sebuah Maahad Tahfiz dan Anak Yatim milik AMF di Cirebon. Ia dijangka untuk dilaksanakan pada bulan April 2012 setelah semua aspek persediaan di kedua pihak siap khususnya system pengurusan di Jabatan Kewangan ABIM. Manakala ABIM dijangka akan mendapat manfaat dari sebahagian dana terkumpul yang akan disumbangkan khususnys membiayaai program dakwahnya.
Lawatan Sdra Presiden dan rombongan diteruskan dengan kunjungan menemui Rektor serta pimpinan dan pengurusan kanan Universitas Ibn Khaldun (UIKA). Kami disambut mesra oleh semua yang ada dan perbincangan banyak tertumpu dalam soal pendidikan diantara UIKA dan Kolej Dar Al-Hikmah (KDH). Beberapa perkara semasa dan kerjasama lalu telah dibincangkan bersama pihak UIKA. Selain itu, ABIM dan UIKA bersetuju dalam usaha kerjasama dalam aspek pembangunan Islam & Melayu d imasa depan. Tindakan susulan bagi kerjasama ini akan dibincangkan lanjut oleh Jabatan Presiden bersama UIKA untuk direalisasikan.
Lawatan terakhir rombongan Sdra Presiden berlangsung pada pagi hari Ahad 19 Febuari 2012 di Ibu Pejabat Lembaga Zakat, Infaq & Sadaqah (LAZIS) Dewan Dakwah. Perbincangan juga telah berlangsung dengan Pengarah Lazis sendiri iaitu Ade Salamun untuk merialisasikan MOU yang telah ditandatangani sebelkum ini. Pihak LAZIS dijangka akan mengusulkan beberapa kerta cadangan bagi pertimbangan ABIM untuk digerakkan. Antara pertimbangan serius adalah program waqaf al-quran dan sambungan Sejuta Ummat – Seorang Dai’e di beberapa kawasan di Indonesia.
- Posted using BlogPress from my iPad